31 Ogos 2010

SELAMAT HARI RAYA ADIDILFITRI

Warga Kumpulan Ke 38 Daerah Hulu Langat Selangor, Sekolah Kebangsaan Pandan Indah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua pelayar laman weblog kami.

Ucapan Selamat Hari Raya ini ditujukan khas kepada Puan Nik Aziah Nik Yusof (Guru Besar SK Pandan Indah), Puan Hamidah Abu (GPK Kurikulum), Puan Junaidah Mohamed Noor (GPK Hal Ehwal Murid), Puan Faridah Ahmad (GPK Ko-Kurikulum) dan seluruh warga tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah.

Juga tidak dilupakan kepada Mejar Ramli Jusoh (YDP PIBG SKPI), En. Abdul Ghani Abu Bakar (NYDP PIBG SKPI) dan seluruh barisan AJK Persatuan Ibubapa & Guru Sekolah Kebangsaan Pandan Indah.

Tidak dilupakan juga kepada Tuan Noor Hashim Ismail (Pesuruhjaya Daerah Hulu Langat) serta barisan Penolong-Penolong Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Langat.

Terimalah bingkisan Hari Raya dari kami. Hayatilah ia kerana tanpa KELUARGA terutamanya AYAH dan IBU, tiada bermakna jualah hari raya kita. Pada mereka yang orangtuanya sudah tiada, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan doakan moga roh mereka ditempatkan bersama golongan roh-roh orang yang beriman dan soleh.

(Gambar di atas adalah hiasan semata-mata. Jika ianya ada berkaitan dengan anda,
sila nyatakan di laman sembang untuk tindakan kami selanjutnya)


Iklan Hari Raya 1997


Iklan Hari Raya 1999


Iklan Hari Raya 2000


Iklan Hari Raya 2001


Iklan Hari Raya 2003


Iklan Hari Raya 2004


Iklan Hari Raya 2005


Iklan Hari Raya 2006


Iklan Hari Raya 2007


Iklan Hari Raya 2008

Bagaimana? ... anda memahami mesej yang kami cuba sampaikan? ... Untuk tidak menambahkan gelora di jiwa, terimalah bingkisan ini sebagai pengubatnya ...



Terima kasih Petronas & Proton kerana memahami kepentingan keluarga dalam hidup kita ...

PELAWAT TERKINI