17 April 2010

PERJUMPAAN AKTIVITI KE 5

Tarikh : 16hb April 2010 (Jumaat)
Masa : 5.30 petang - 6.30 petang
Lokasi : Depan Dewan Juita, SK Pandan Indah
Kehadiran Murid : 7 orang
Kehadiran Pemimpin : 1 orang

Hujan yang turun tidak melemahkan semangat warga PPM38HL untuk menjayakan aktiviti pada petang ini. Sesungguhnya kecekalan dan ketabahan jelas terbayang di wajah ahli-ahli yang hadir walaupun bilangannya agak menurun dari minggu sebelumnya.

Aktiviti bermula dengan upacara Laung Agung diikuti dengan pemeriksaan pakaian seragam. Selepas itu aktiviti kawad diadakan bagi memahirkan lagi ahli dalam pergerakan kawad. Selepas itu, nota untuk Lencana Keahlian telah diberikan.

Ahli-ahli sekali lagi diingatkan agar dapat mengemas kini buku log masing-masing jika ingin menyertai perkhemahan yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Selepas itu, ahli diperkenalkan dengan beberapa buah lagu Pengakap. Jelas terpancar diraut wajah ahli apabila ada yang masih malu-malu untuk bersama-sama menyanyikan lagu Pengakap yang unik lagi segar.

Aktiviti tamat tepat jam 6.30 petang.

PELAWAT TERKINI