22 Ogos 2010






MERDEKA!!! ... MERDEKA!!! ... MERDEKA!!!

Selamat menyambut ulangtahun HARI KEMERDEKAAN KE 53 kepada semua warga Persekutuan Pengakap Malaysia khasnya serta kepada seluruh warga Malaysia amnya.

Berapa ramaikah diantara kita maupun rakan kita masih mengingati SEMANGAT RUKUNEGARA?


BAHAWASANYA ... NEGARA KITA MALAYSIA, mendukung cita cita hendak ...
  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan seluruh masyarakatnya
  • Memelihara satu cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak
  • Membina satu masyarakat yang progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

MAKA KAMI ... RAKYAT MALAYSIA, berikrar akan menumpukan sekuruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai citi cita tersebut berdasarkan atas prinsip prinsip yang berikut ...

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetian kepada raja dan negara

Keluhuran perlembagaan

Kedaulatan undang undang

Kesopanan dan kesusilaan

Negara telah mencapai kemerdekaan selama 53 tahun. Adakah pemikiran orang kita juga seiring dengan kemerdekaan yang kita telah dikecapi?

Adakah orang kita khasnya bangsa Melayu kita masih dengan tanggapan bahawa berpadalah mereka bersyukur dengan kemerdekaan yang telah dinikmati dan bermegah dengan kibaran Jalur Gemilang disetiap penjuru kenderaan serta rumah masing²?

Anda warga Malaysia yang merdeka. Anda tentukan sendiri ...

PELAWAT TERKINI