Dengan mendaftarkan anak anda sebagai ahli Pengakap 38 Hulu Langat, anda membukakan peluang untuk mereka merasai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan melebihi suasana pembelajaran yang terdapat di sekolah. Oleh kerana inilah, BerPengakap seringkali digelarkan sebagai pendidikan tidak formal.
BerPengakap, yang sudah wujud sejak tahun 1907, dan tahun 1908 di Malaysia, mensasar kepada pertumbuhan kanak kanak secara fizikal, kecerdasan, kerohanian, emosi dan perhubungan. Kanak Kanak di SK Pandan Indah boleh diterima masuk sebagai ahli Pengakap 38 Hulu Langat sejak dari usia 9 tahun dan boleh terus BerPengakap mengikut peringkat Pengakap sehinggalah mereka dewasa.
BerPengakap menekankan alam semulajadi, aktiviti lasak, kewarganegaraan, kepimpinan dan sudah semestinya keseronokan.
Bermula dari Pengakap Kanak Kanak ke atas, kanak kanak ini akan diberikan lebih peluang untuk berinteraksi di dalam sebuah kumpulan yang kecil (di bawah pemerhatian pemimpin) demi untuk mengasah bakat kepimpinan mereka.
PEMIMPIN PENGAKAP
BAGAIMANA SAYA MAHU MEMBABITKAN DIRI SEBAGAI IBUBAPA?
Jika anda pernah menjadi seorang ahli Pengakap maupun Pandu Puteri suatu ketika dahulu, anda pasti akan mengingati keseronokan berkhemah di dalam hutan, kisah kisah seram yang diceritakan di malam perkhemahan, dan kebanggaan diri apabila pulang dari perkhemahan kerana telah berjaya mengharungi sebuah lagi perkhemahan yang penuh dengan rintangan dan cabaran.
Mungkin anda masih lagi mengingati cara cara untuk membuat simpulan buku sila ataupun cara untuk menyalakan api yang penuh dengan gelak ketawa. Dan anda pasti tidak boleh lupa dengan ayat ayat seperti 'buat habis baik' ataupun 'menolong orang setiap masa' bukan?
Anda pasti mahukan anak anda merasai keseronokan yang anda lalui serta mendapat pengalaman yang anda tempuhi. Walaupun, jika semua ini adalah perkara baru untuk anda, anda pasti akan mendapati BerPengakap akan mendatangkan keseronokan kepada anda dan anak anda.
BerPengakap bukanlah sekadar anda menghantar anak anda untuk menyertai aktiviti sekolah. Ianya adalah peluang untuk anda membesar bersama anak anda dan ianya akan memberikan pengalaman yang sangat hebat buat anda dan anak anda.
Mereka juga akan menjadi sebahagian daripada sebuah pertubuhan antarabangsa yang telah terbukti mempunyai program yang direka khas untuk membantu mereka berhadapan dengan masyarakat sebagai seorang individu yang bertanggungjawab dan berguna.
ANDA BOLEH MEMBANTU DENGAN ...
- Menunjukkan minat serta galakan anda.
- Menyediakan pengangkutan untuk aktiviti.
- Membantu menambahkan tabung kewangan.
- Meluangkan masa anda menyertai aktiviti Pengakap 38 Hulu Langat.
BerPengakap membantu kanak kanak melalui:
- PEMBELAJARAN menerusi cara yang seronok dan lasak
- PEKEMBANGAN kebolehan dan minat yang baru
- PERKONGSIAN bersama rakan sebaya
- PERTOLONGAN kepada orang lain
- PERKHIDMATAN kepada masyarakat
- BEKERJASAMA dalam pasukan
- MENIKMATI kehidupan alam semulajadi
- KEYAKINAN terhadap diri sendiri
- BERTANGGUNGJAWAB kepada amanah yang diberi
- KEKREATIFAN akal fikiran
- KEPERCAYAAN terhadap diri sendiri
Ingat ... walau bagaimana hebat pun seseorang Pemimpin itu, beliau pasti tidak boleh melakukannya sendiri!
Jadi ... jangan biarkan anak anda sahaja mendapat keseronokan ini ... libatkan diri anda dengan kegiatan Pengakap 38 Hulu Langat hari ini juga!