24 September 2008

PPM38HL @ JOTI 2008!




Sila klik logo JOTI 2008 atas atau di panel kanan untuk maklumat lanjut.





Tarikh Daftar
24hb September 2008

Email JOTI 2008
ppm38hl@2008.jotajoti.org

IRC ID
PPM38HL


Maklumat pendaftaran telah dimaklumkan kepada En. Zakran Abdul Manan seperti yang dimaklumkan dalam laman web PPM Kebangsaan.

22 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI!



Baju, songkok tak dilupa sampin ...
Menanti syawal penuh bersemangat ...
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin ...
ikhlas dari Pengakap Kanak Kanak 38 Hulu Langat

20 September 2008

PEK BERCUTI & UJIAN RAMBU PENGAKAP 2008

Berita baik buat semua ahli Pengakap Kanak Kanak (PKK) 38 Hulu Langat khasnya serta ahli PKK PPM Hulu Langat & PKK PPM Kajang amnya.

Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat (PPDHL) dengan kerjasama PPM Hulu Langat dan PPM Kajang akan mengadakan satu perkhemahan Pengakap Kanak Kanak yang akan dikenali sebagai ...

"PEK BERCUTI & UJIAN RAMBU PENGAKAP 2008"

Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh
Ditunda kerana minggu peperiksaan. Sumber dari PPM Hulu Langat.
(Sepatutnya pada 23hb - 25hb Oktober 2008)

Lokasi
Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Kem Tekali.


Tujuan
Pendedahan aktiviti kepengakapan dan ujian Rambu Pengakap Kanak-kanak


Aktiviti
Ikatan dan simpulan, malam kebudayaan, kraftangan, jamuan hari raya dan lain-lain

Bayaran
RM50.00 (termasuk makan minum dan sijil)

Tarikh Tutup Penyertaan
Sebelum 9hb Oktober 2008

Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli Pengakap Kanak Kanak berdaftar pada tahun 2008. Sila berhubung dengan Puan Akma untuk keterangan lanjut.

16 September 2008

JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR 2008



Keterangan lanjut boleh klik sini.

09 September 2008

SEMOGA BERJAYA!!!




PPM38HL ingin mengucapkan selamat menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah kepada semua warga 38 Hulu Langat Tahun 6 khasnya serta seluruh ahli pengakap Tahun 6 amnya seluruh Malaysia.

Mudah mudahan anda semua beroleh ketenangan dalam menjawab soalan peperiksaan dan beroleh kejayaan yang gilang gemilang untuk diri sendiri, keluarga, sekolah serta ramai lagi yang sentiasa mendoakan kejayaan kalian.

04 September 2008

TAHNIAH!

Warga PPM 38 Hulu Langat ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Guru Penasihat Pengakap 38 Hulu Langat iaitu Puan Noor Akmar Binti Md. Pahri di atas penganugerahan Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) serta Pingat Perkhidmatan Baik (PPB) yang beliau terima baru baru ini dari Ketua Pengakap Negara, Dato' Shafie Salleh.

Sesungguhnya, usaha yang dilakukan oleh Puan Noor Akhmar selama lebih dari 21 tahun di dalam Pengakap ini di beberapa sekolah turut mendapat perhatian dari pihak atasan.

Diharap Puan Noor Akhmar akan terus menabur bakti kepada warga Pengakap 38 Hulu Langat khasnya serta warga Pengakap Hulu Langat, Selangor serta Malaysia amnya.

PELAWAT TERKINI