16 November 2010

CEMERLANG BERPENGAKAP, CEMERLANG DALAM AKADEMIK!

L-R : Hanif, Shami, Rauf, Nabil, Zarul & Eizat

Tahniah diucapkan kepada barisan Ahli Jawatan Kuasa Tahun 6 PPM38HL khasnya serta semua warga SK Pandan Indah amnya kerana telah berjaya mendapat keputsan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang telah diumumkan pada 11/11/2010 yang lepas.

Mereka-mereka adalah Pengerusi Abdul Rauf Aziz (4A 1B), Naib Pengerusi Ahmad Nabil Subandi (4A 1B), Setiausaha Zarul Ikhmal Sapian (5A), Bendahari Hanif Zainal Abidin (4A 1B) & AJK Tahun 6 Ahmad Eizat Halim (4A 1B).

Diharapkan mereka akan mendapat tempat di sekolah berasrama penuh demi kemajuan akademik mereka disamping tetap meneruskan aktiviti kePengakapan mereka sebagai Pengakap Muda.

Sementara itu, pada Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Pandan Indah 2010 pada 13/11/2010, Pengerusi PPM38HL 2010 iaitu adik Abdul Rauf Aziz telah dipilih sebagai penerima anugerah TOKOH KOKURIKULUM SKPI 2010. Tahniah & syabas!

Beliau telah memegang pelbagai jawatan di sekolah seperti Pengawas Sekolah, Ketua Rumah Laksamana, Pengerusi Unit BerUnifom Pengakap, Pengerusi Kelab Ping Pong, Ketua Pasukan Ragbi & AJK Persatuan Bahasa Malaysia.

Selain dari itu, beliau yang memang dikenali sebagai pelajar yang gemar bersukan semenjak dari Tahun 3 lagi turut aktif mewakili sekolah dalam bolasepak & olahraga. Menerusi sukan ragbi, beliau tampil cemerlang apabila terpilih mewakili MSSD Hulu Langat sejak dari tahun 2007 lagi iaitu semasa di dalam Tahun 3 menerusi Karnival Tunas Mini Olimpik (KATMO).

Kemuncak penglibatan beliau dalam sukan ragbi adalah apabila beliau telah dinobatkan sebagai PEMAIN TERBAIK B12 dalam Kejohanan Ragbi MSS Selangor 2010 di Kuala Selangor. Beliau juga turut dipilih mewakili Selangor ke MSS Malaysia di Kelantan pada bulan Jun lalu serta berjaya membantu Selangor menjadi johan untuk kategori plate. Beliau bermain di posisi sayap (wing).


Sesungguhnya, ini adalah kejayaan bersama warga PPM38HL khasnya serta menjadi kebanggaan warga SK Pandan Indah amnya.

PELAWAT TERKINI