28 Mei 2008

KEMPORI PENGAKAP SELANGOR 2008

Photobucket


Seramai 8 orang ahli 38 Hulu Langat telah terpilih untuk mewakili Unit PKK Hulu Langat ke Perkhemahan Kempori Pengakap Selangor di Kem Puncak Alam, Selangor bermula dari 24 hingga 27 Mei 2008.

Berbagai aktiviti telah dijalankan dan pastinya para pengakap yang turut serta pasti akan pulang dengan berbagai peristiwa suka duka.

05 Mei 2008

PRA-KEMPORI PENGAKAP HULU LANGAT 2008

Photobucket


Bersempena dengan Kempori Pengakap Selangor yang bakal diadakan tidak lama lagi, PPM Daerah Hulu Langat telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu perkhemahan pra-kempori bagi memilih pasukan pasukan pengakap yang layak bagi mewakili Daerah Hulu Langat nanti.

Perkhemahan selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Kem Pengakap Hulu Semenyih pada 2 hingga 4 Mei 2008. Pengakap 38 Hulu Langat telah diwakili oleh:

  1. Helmi Iskandar (Ketua 6 Sekawan)
  2. Mohd Zaarif
  3. Hanis Abdullah
  4. Muhamad Aiman
  5. Fahrur Riza
  6. Abdul Rauf
  7. Zarul Ikmal

Syabas & tahniah diucapkan kepada Pengakap 38 Hulu Langat kerana telah berjaya memenangi 2 anugerah iaitu untuk kategori Kraftangan Terbaik & Kawad Terbaik.

01 Mei 2008

SELAMAT DATANG KE 38 HULU LANGAT

Syukur alhamdulillah, dengan izinnya, dapat saya meluangkan sedikit masa untuk membina laman web Pasukan Pengakap 38 Hulu Langat.

Laman web ini masih dalam pembinaan dan masih banyak lagi info yang masih belum dimasukkan.

Walaubagaimanapun, besarlah harapan saya agar laman web ini menjadi pusat informasi kepada ahli Pengakap 38 Hulu Langat khasnya dan seluruh ahli pengakap Malaysia amnya.

PELAWAT TERKINI