20 September 2008

PEK BERCUTI & UJIAN RAMBU PENGAKAP 2008

Berita baik buat semua ahli Pengakap Kanak Kanak (PKK) 38 Hulu Langat khasnya serta ahli PKK PPM Hulu Langat & PKK PPM Kajang amnya.

Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat (PPDHL) dengan kerjasama PPM Hulu Langat dan PPM Kajang akan mengadakan satu perkhemahan Pengakap Kanak Kanak yang akan dikenali sebagai ...

"PEK BERCUTI & UJIAN RAMBU PENGAKAP 2008"

Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh
Ditunda kerana minggu peperiksaan. Sumber dari PPM Hulu Langat.
(Sepatutnya pada 23hb - 25hb Oktober 2008)

Lokasi
Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Kem Tekali.


Tujuan
Pendedahan aktiviti kepengakapan dan ujian Rambu Pengakap Kanak-kanak


Aktiviti
Ikatan dan simpulan, malam kebudayaan, kraftangan, jamuan hari raya dan lain-lain

Bayaran
RM50.00 (termasuk makan minum dan sijil)

Tarikh Tutup Penyertaan
Sebelum 9hb Oktober 2008

Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli Pengakap Kanak Kanak berdaftar pada tahun 2008. Sila berhubung dengan Puan Akma untuk keterangan lanjut.

PELAWAT TERKINI