04 September 2008

TAHNIAH!

Warga PPM 38 Hulu Langat ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Guru Penasihat Pengakap 38 Hulu Langat iaitu Puan Noor Akmar Binti Md. Pahri di atas penganugerahan Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) serta Pingat Perkhidmatan Baik (PPB) yang beliau terima baru baru ini dari Ketua Pengakap Negara, Dato' Shafie Salleh.

Sesungguhnya, usaha yang dilakukan oleh Puan Noor Akhmar selama lebih dari 21 tahun di dalam Pengakap ini di beberapa sekolah turut mendapat perhatian dari pihak atasan.

Diharap Puan Noor Akhmar akan terus menabur bakti kepada warga Pengakap 38 Hulu Langat khasnya serta warga Pengakap Hulu Langat, Selangor serta Malaysia amnya.

PELAWAT TERKINI