03 April 2009

TERIMA KASIH & TAHNIAH

PPM38HL mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan malahan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke 5 di atas segala usaha dan jasa beliau mengharumkan nama negara di serata pelusuk dunia dan segala keperihatinan beliau menaikkan taraf ekonomi rakyat Malaysia. Sesungguhnya rakyat Malaysia akan pasti merindui mu!


PPM38HL juga mengucapkan tahniah di atas perlantikan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6. Pengalaman luas beliau dalam kabinet serta sokongan padu rakyat Malaysia ditambah dengan prestasi hubungan diplomatik negara semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri pasti akan menaikkan lagi imej Malaysia di mata dunia.

PELAWAT TERKINI