30 April 2008

Pengenalan


Pergerakan Pengakap merupakan salah satu badan beruniform (berpakaian seragam) yang giat bergerak di negara ini. Salah satu cabang dalam pergerakan ini ialah Pengakap Kanak-kanak.

Pengakap Kanak-kanak mengandungi ahli-ahli yang berumur antara (8 tahun hingga 12 tahun - murid-murid sekolah rendah). Pergerakan Pengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerakerja kumpulan yang memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat.

Di bawah program KBSR Pergerakan Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerakerja kokurikulum yang diwajibkan di semua sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapati amat sesuai dijalankan oleh murid-murid pada peringkat ini.

Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh dijalankan di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanak-kanak mudah diikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat pula menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan mereka.


MATLAMAT
  • Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan jasmani mereka;
  • Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah;
  • Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama;
  • Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam bidang-bidang tertentu;
  • Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras dengan hasrat Rukunegara;
  • Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di samping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka; dan
  • Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.




29 April 2008

Berpengakap


Apa itu pengakap?

Pengakap adalah merupakan sebuah atau satu pergerakan atau pertubuhan sukarela yang tertua di dunia. Ia juga sesuai dianggotai oleh semua peringkat umur dari peringkat kanak-kanak hingga ke peringkat orang tua.


Apa itu berpengakap?

Pengakap dan berpengakap dua rangkap kata yang mempunyai makna berasingan. Pengakap adalah seperti yang dijelaskan di atas iaitu sebuah pergerakan atau pertubuhan sukarela manakala berpengakap bermaksud kita yang terlibat di dalam pergerakan pengakap.


Matlamat berpengakap?

Ada beberapa sudut yang patut kita lihat dan maksudnya iaitu apa matlamat kita berpengakap dan apa wawasan kita melibatkan diri di dalam pengakap. Mari kita lihat apa yang ditulis oleh pengasas pergerakan pengakap, B.P. dalam bukunya iaitu ‘Scouting For Boys’ di dalam ‘Cerita Unggun Api No.1- Apa Itu Pengakap?’.

“Saya percaya setiap budak lelaki mahu membantu negaranya dengan apajua cara yang boleh. Ada satu cara yang senang sekali berbuat demikian iaitu dengan menjadi seorang Budak Pengakap.

“Seperti yang kamu tahu, seorang pengakap dalam tentera biasanya seorang askar yang dipilih kerana kepintaran dan ke-beraniannya pergi mencari di mana musuh berada dan melaporkannya kepada ketuanya.

“Tetapi, selain daripada pengakap dalam masa peperangan, ada juga pengakap dalam masa aman, iaitu orang-orang menjalankan kerja masing-masing yang juga mesti berani dan pintar.”

Ada dua matlamat yang diselitkan di dalam petikan cerita di atas tadi iaitu apa sumbangan seorang warganegara kepada negaranya dan setiap warganegara mestilah mempunyai keberanian serta kepintaran.


Tujuan berpengakap?

Berpengakap bermaksud kita melibatkan diri di dalam pergerakan atau pertubuhan pengakap. Di dalam pergerakan pengakap kita akan melibatkan diri kita sama ada di dalam pasukan yang ditaja atau terbuka.

Walaupun demikian matlamatnya adalah sama seperti:-

  • Untuk menggalakkan pembentukan jasmani, akal, social dan rohani anak-anak muda supaya mereka dapat melibatkan diri dalam pembangunan masyarakatnya.
  • Menyediakan suatu rancangan latihan yang progresif, menggembirakan dan menarik, yang berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-Undang dan berpandukan kepada kepimpinan dewasa.
  • Prinsip serta amalan adalah berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-Undang yang diterima secara sukarela oleh setiap individu yang berminat untuk melibatkan diri di dalam berpengakap.
  • Berpengakap itu adalah satu permainan yang berbeza dengan permainan yang lain. Permainan yang bukan menentukan yang menang dan yang kalah.
  • Anugerah Pengakap Raja dicipta untuk menguji ketabahan, kepintaran dan membuktikan kebolehan seseorang pengakap dengan menujukkan taraf tanggungjawab dan kepimpinannya.
  • Sistem latihannya telah disesuaikan mengikut peringkat umur ahli dan kematangan masing-masing menerusi didikan berdasarkan unit-unit tertentu seperti Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan seterusnya.
  • Seorang Pengakap boleh berusaha dan melayakkan diri bagi Lencana Keahlian untuk mamasuki ke Bahagian Pengakap Kelana.


Wawasan?

Dengan melibatkan diri di dalam pergerakan pengakap, kita dapat memberikan sumbangan kepada negara, di samping kita juga harus mempunyai sifat keberanian dan kepintaran. Di dalam berpengakap ini hendaklah secara sukarela dan tidak terdapat perbezaan tentang penerimaan kemasukkan ahli bagi sesuatu sebab, bangsa, kepercayaan, agama atau golongan.


Misi Pengakap?

Adalah untuk menyumbang kearah pendidikan golongan remaja, melalui sistem nilai yang berasas kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap dalam membantu pembinaan sebuah dunia yang lebih baik di mana umat mendapat kepuasan diri sebagai individu dan memainkan peranan membina dalam masyarakat.


Peringkat Pengakap?

Terdapat lima peringkat dalam pengakap didalam Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)

  1. Pengakap Kanak Kanak - ahli ahli yang berumur antara 8 hingga 12 tahun
  2. Pengakap Muda - ahli ahli yang berumur antara 13 hingga 15 tahun
  3. Pengakap Remaja - ahli ahli yang berumur antara 16 hingga 17 tahun.
  4. Pengakap Kelana - ahli ahli yang berumur antara 18-40 tahun.
  5. Pengakap Raja - ahli ahli yang telah mengikuti Pentarafan Pengakap Raja dan dianugerahkan Sijil Pengakap Raja yang ditandatangani oleh SPB Yang Di Pertuan Agong serta 9 Sultan Sultan Melayu



Kesimpulan?


  1. Melatih seorang warganegara untuk mencintai negaranya dan masyarakat.
  2. Melatih seorang warganegara untuk menjadi seorang yang pintar di samping mempunyai ciri-ciri keberanian dan mampu mengembangkan serta mampu berdikari.
  3. Melatih seorang warganegara untuk menjadi seorang yang berdisiplin dan mematuhi peraturan mengikut undang-undang.
  4. Melatih seorang warganegara supaya mempunyai sikap terbuka dan sentiasa bersedia untuk menolong orang, tidak bersikap angkuh dan mementingkan diri sendiri.
  5. Melatih seorang warganegara untuk menjadi seorang yang berguna, gigih, tahan lasak, prihatin dan mempunyai wawasan untuk kepentingan umum.


Berpengakap pada kesimpulannya ialah bermaksud kita sebagai individu melibatkan diri di dalam pergerakan atau pertubuhan sukarela.

Tujuan kita melibatkan diri tersebut bukanlah bertujuan untuk kepentingan individu atau untuk menonjolkan diri.

Kita mempunyai sikap yang tidak selaras dengan pergerakan atau pertubuhan sukarela misalnya kita beranggapan hanya kitalah orang yang paling baik atau kitalah orang yang paling berkuasa dan sebagainya.

Sedangkan pada hakikatnya apa yang kita buat itu adalah merupakan penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan pihak-pihak yang lain tidak menaruh kepercayaan dan keyakinan kepada individu itu sendiri malahan kepada pergerakan di mana kita melibatkan diri di dalamnya.

28 April 2008

Perlembagaan

Fasal 1 : Nama dan Alamat.

i. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama PERTUBUHAN PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK) SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN INDAH.

ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN INDAH, 55100 AMPANG KUALA LUMPUR.


Fasal 2 : Tujuan Persatuan

i. Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan.

ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah disiplin murid.

iii. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang disediakan.


Fasal 3 : Keahlian

i. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6).

ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun.

iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan.


Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli

i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti persatuan.

ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan dalam persatuan.


Fasal 5 : Mesyuarat

i. Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun untuk:
- memilih ahli Jawatan Kuasa persatuan.&
- kewangan
- ucapan penangguhan
- cadangan-cadangan

ii. Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada:
a. Pengerusi
b. Setiausaha
c. Bendahari
d. Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6)

iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun berkenaan.

iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan persatuan.

v. Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan ahli.

vi. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa.


Fasal 6 : Tugas Pegawai Atau AJK Persatuan

i. Pengerusi - menjadi pengerusi mesyuaraat, bertanggungjawab untuk memastikan segala mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.

ii. Setiausaha - menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan persatuan.

iii. Bendahari - bertanggungjawab dalam hal kutippan kewangan persatuan, apabila ada kutipan berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat.


Fasal 7 : Punca Kewangan / Pendapatan

i. Kewangan persatuan ini diperolehi melalui :
a. wang SUWA (Kokurikulum).
b. sumbangan PIBG.
c. derma daripada ahli dan orang ramai.

ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan.


Fasal 8 : Pindaan Perlembagaan Persatuan

i. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung.

ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru Besar.


Fasal 9 : Tafsiran

i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara itu adalah muktamad.


Fasal 10 : Pembubaran

i. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar atau Pentadbir Sekolah.

Photobucket

27 April 2008

Lencana Keahlian


Lencana Keahlian dianugerahkan kepada ahli yang lulus untuk menjadi ahli yang sah dalam Pergerakan Pengakap.Sebelum dilantik menjadi ahli dan mendapat Lencana Keahlian, seorang ahli akan diuji dalam perkara-perkara yang berikut untuk memberi pengetahuan asas yang mudah serta pengalaman berpengakap.
  1. Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap

  2. Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap Kanak-Kanak

  3. Cerita Hutan & Permulaan Pergerakan Pengakap

  4. Istiadat Laung Agung

Lencana Keahlian ini dipakai di poket kiri baju pengakap.



Photobucket

26 April 2008

Lencana Wajib

Setelah lulus Lencana Keahlian, ahli PKK wajib mendapat salah satu dari Lencana Wajib di bawah:

Lencana Ahli Penunggang Basikal



Lencana Ahli Renang


Kedua-dua lencana ini boleh dianggap sebagai lambang asas keselamatan ahli PKK. Lencana ini dipakai di bahagian atas lengan sebelah kanan baju pegakap.


25 April 2008

Lencana Keris Gangsa



KESETIAAN

01. Menyanyi & cara menghormati semasa menyanyi Lagu Kebangsaan.
02. Mengenal Bendera Malaysia /Negeri.
03. Lambang Pengakap Dunia.
04. Cogankata Pengakap Kanak-Kanak.
05. Pengertian Rukunegara
06. Mengetahui nama Pembesar Negara.
07. Persetiaan & Undang-Undang Pengakap.
08. Mengenali:-
- Kuasa Penganjur (Guru Besar)
- Pemimpin & Penolong Pemimpin sekolah sendiri.
09. Sejarah ringkas perkembangan Pengakap di sekolah sendiri.
10. Agama yang dianuti di Malaysia.Tempat ibadat di kawasan sendiri.
11. Nilai beragama mengikut agama sendiri.


KESIHATAN & KESELAMATAN

01. Kepengingan kesihatan & kebersihan diri sendiri.
- membersih gigi / sebab kerosakan gigi / merawat kerosakan gigi / mengerat kuku / memlihara rambut, tangan, kaki / sistem pernafasan.
02. Cara membersih bilik mandi & tangas.
03. Cara pelupusan sampah
04. Kebersihan air minuman
05. Pencegahan keracunan makanan.
06. Pentingnya memakai kasut & selipar.
07. Cara menjaga kasut.
08. Mengenali jenis penyakit kulit yang berjangkit.
09. Bahaya bermain alat tajam seperti pisau/ pisau mata cukur .
10. Bahaya bermain bahan letupan seperti mercun,meriam buluh,bunga api dll.
11. Cara mendapat bantuan untuk hal-hal kecemasan.
12. Alamat dan Nombor telefon :
- Balai Polis / Balai Bomba / Hospital / Doktor / tempat bekerja ibu bapa /
keluarga / rakan sebaya yang tinggal berdekatan.
13. Peraturan jalanraya.
14. Cara melintas jalanraya.
15. Keselamatan di stesen bas / lampu isyarat / berjalan di jejantas & terowong
dan lain-lain lintasan.
16. Kemalangan jalanraya yang membabitkan penunggang basikal.
17. Mengenal isi peti pertolongan cemas.


KECEKAPAN

01. Latihan asas perbarisan.
02. Kemhiran asas dalam permainan berpasukan seperti bolasepak /bolajaring dll.
03. Cara meraut kayu dengan pisau lipat.
04. Cara mengasah pisau lipat , menyapu minyak, menyimpan pisau.
(Pengakap kanak-kanak hanya dibenarkan menggunakan pisau lipat
dengan kebenaran Pemimpin.)
05. Mengetahui kedudukan tempat-tempat penting di Daerah sendiri.
06. Cara memakai & menjaga pakaian seragam Pengakap.
07. Cara memasang lencana.
08. Mengetahui isyarat sulit Pengakap.
09. Cara mengikat tali kasut.
10. Tahu mengikat simpulan "BUKU SILA"


PENYERTAAN

PILIH DUA (2) AKTIVITI DI BAWAH

01. Menanam pokok bunga .Kaji kesuburan pokok dan buat catatan.
02. Cara penyuburan pokok seperti pembajaan.
03. Membuat batas dan menanam pokok bunga.
04.Membantu ibu bapa atau guru dalam aktiviti memelihara pokok-pokok
bunga dan keceriaan sekolah.


PILIH SATU (1) AKTIVITI DI BAWAH

01. Memelihara seekor haiwan kesayangan dan mengetahui cara-cara penjagaannya.
02. Mengetahui bagaimana peladang menternak binatang.

LAIN-LAIN AKTIVITI

01. Telah membaca sebuah buku mengenai cara memelihara haiwan kesayangan.Menerangkan cara pemeliharaan itu kepada ibu bapa & pemimpin.
02. Menjadi ahli perpustakaan sekolah / perpustakaan awam.
Telah membaca sekurang-kurangnya 5 buah buku.
Menceritakan apa yang telah dibaca.
03. Membuat satu alat permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang.
04. Mengambil bahagian dalam persembahan drama / tarian di sekolah.
05. Boleh berlakon - berseorangan atau dalam kumpulan.
06. Membuat mini galeri di rumah dengan bahan kutipan mengikut hobi
sendiri.
07. Membuka buku akaun simpanan di bank / tabung haji/ dll.


PERKHIDMATAN
01. Membantu ibu bapa di rumah setiap hari.
02. Melawat rumah kebajikan / rumah anak yatim / kanak-kanak
istimewa / dll ( di bawah kelolaan pemimpin)
03. Menceritakan mengenai kejayaan seseorang dalam memberi
khidmat kepada orang ramai.
04. Peranaan pengakap menjaga kebersihan sekolah.
05. Memberi khidmat sukarela di rumah ibadat.
06. Mencatat khidmat sukarela yang diberi dalam buku log.



Photobucket

24 April 2008

Lencana Kegemaran

Untuk melengkapkan kelayakkan ahli PKK memakai Lencana Keris Gangsa, mereka perlu mendapatkan 2 dari Lencana Kegemaran di bawah:


Ahli Koleksi Hobi


Ahli Kraf Tangan


Peladang Kecil


Pelukis


Pembaca Buku


Penghibur


Lencana ini dipakai di bahagian atas lengan sebelah kiri baju pegakap.


23 April 2008

Lencana Keris Perak



KESETIAAN

01. Menyanyi Lagu Kebangsaan dan Lagu Negeri.(individu atau
berkumpulan.
02. Mengetahui lambang dalam Bendera Malaysia /Bendera Negeri.
03. Cara melipat bendera.
04. Melukis Bendera Malaysia / Bendera Negeri.
05. Mengetahui nama Pembesar Negara / Negeri.
06. Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap.
07. Mengenali:-
a) Pesuruhjaya Pengakap Daerah.
b) Penolong Pesuruhjaya Pengakap Kanak-Kanak.
08. Sejarah ringkas perkembangan Pengakap.
09. Tokoh Pengakap Daerah.
10. Mengetahui rukun agama mengikut Agama yang dianuti.
(Pengakap Beragama Islam:-)
a) Azan dan Iqamah
b) Doa selepas wudhuk/ doa selepas sembahyang
c) Peratuan sembahyang jemaah fardhu Jumaat.


KESIHATAN & KESELAMATAN
01. Amalan kebersihan diri,rumah, mental dan persekitaraan.
02. Sebab-sebab kulit melecur,mengelupas sebab cahaya
matahari. Cara pencegahan.
03. Mengamalkan senaman.
04. Cara penafasan
05. Memberhentikan darah keluar dari hidung.
06. Rawatan penyakit kulit seperti kudis,puru,panau,kurap dan
gatal-gatal.
07. Cara membalut jari yang melecur.
08. Bahaya letrik dan gas.Cara menggunakan alat letrik & gas.
09. Bahaya memakan/menggunakan ubat tanpa nasihat doktor.
10. Isi kandungan peti rawatan kecemasan.


KECEKAPAN

01. Asas perbarisan / kawad kaki : ke belakang pusing / buka barisan/tutup
barisan.
02. Ikatan buku sila / bunga geti / simpul sentak.
03. Memasang dan mengibarkan bendera.
04. Menurunkan bendera.
05. Latihan asas bermain bola tampar ATAU kemahiran asas permainan
pasukan.
06. Panjat tali setinggi 5 meter
07. Kemahiran renang (di bawah pengawasan Pemimpin /Orang dewasa) ATAU
08. Menjalankan satu tugas di Pejabat Pos / Balai Bomba / Klinik /Balai Polis
dan lain-lain.


PENYERTAAN

01. Mengetahui sifat 5 jenis burung.
02. Catatkan nama burung yang dilihat setiap minggu.
03. Memerhati bagaimana burung membina sarang.
04. Menyediakan tempat makan & minum burung.
05. Keperluan untuk tumbuhan/pokok hidup.
06. Menanam tomato,lada dll dalam kotak atau pasu.
07. Mengetahui mengenai pembajaan, siraman dan penjagaan tanaman.
08. Kepentingan memakan makanan yang bersih.
09. Bahaya bahan makanan yang tercemar.
10. Senaraikan 4 jenis makanan yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti:-
karbohidrat / protein / vitamin / garam galian.
11. Kepentingan makanan seimbang.
12. Cara menghias meja, mencuci pinggang mangkok serta kebersihan dapur.
13. Penggunaan komputer.
14. Cara menggunakan telefon awam.
15. Mengamalkan menyimpan wang di bank.
16. Mengambil bahagian dalam satu kumpulan tarian / nasyid dll.


PERKHIDMATAN

01. Mengumpul pakaian & barang permainan terpakai untuk dihadiahkan kepada
yang memerlukan.
02. Mengetahui cara menggunakan TV / telefon / radio / wisel.
03. Mendengar ceramah seperti ceramah kesihatan / ceramah kebombaan / polis
dan lain-lain.
04. Mengetahui doa ringkas.
05. Menjimatkan wang saku yang diberi oleh ibubapa.



Photobucket

22 April 2008

Lencana Pengetahuan

Untuk melengkapkan kelayakkan ahli PKK memakai Lencana Keris Perak, mereka perlu mendapatkan 2 Lencana Perkhidmatan serta 2 dari Lencana Pengetahuan di bawah:


Ahli Olahraga


Ahli Pasukan Permainan


Ahli Sains


Pencinta Alam Semulajadi


Pembaca Peta


Pemeliharaan Alam Sekitar


Pengembara

Lencana ini dipakai di bahagian atas lengan sebelah kiri baju pegakap (Di bawah Lencana Kegemaran).



21 April 2008

Lencana Perkhidmatan

Untuk melengkapkan kelayakkan ahli PKK memakai Lencana Keris Perak, mereka perlu mendapatkan 2 Lencana Pengetahuan serta 2 dari Lencana Perkhidmatan di bawah:


Pekerja Am


Pengurus Rumah


Penyelamat Nyawa


Ahli Pertolongan Cemas


Lencana ini dipakai di bahagian atas lengan sebelah kanan baju pegakap (Di bawah Lencana Kemajuan).



20 April 2008

Lencana Keris Emas



KESETIAAN

01. Menyanyi 2 lagu patriotik
02. Mengenali Jata Negara dan Negeri
03. Cara melipat bendera.
04. Tunjuk ajar kepada pengakap yang akan menduduki ujian Lencana Keris Perak.
05. Mengetahui nama:-
a) Pegawai Daerah
b) Pegawai Pendidikan Daerah
c) Penghulu / Ketua Kampung
d) Wakil rakyat / wakil ahli undangan negeri .
06. Mengetahui Nama Pesuruhjaya Pengakap Negeri.
07. Mengetahui Nama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.
08. Mengamalkan rukun agama masing-masing.
09. Mengambil bahagian dalam sambutan Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong/
DYMM Sultan Negeri.
10. Mengambil bahagian dalam sambutan:-
a) Hari Pengakap Sedunia
b) Hari Ibu / Hari Bapa / Hari Guru / Hari Kanak-Kanak dll.


KESIHATAN DAN KESELAMATAN

01. Lapan cara hidup sihat
02. Cara merawat selsema & cara pencegahan.
03. Maksud pertolongan cemas./ Bagaimana mendapat bantuan kecemasan
seperti bomba / ambulan / hospital / klinik / melalui telefon.
04. Keperluan peti pertolongan cemas.
05. Jenis balutan untuk jari,tangan,pebalut segi tiga, anduh .
06. Cara mengikat anduh menggunakan ikatan BUKU SILA.
07. Keselamatan di dalam air.(Latihan di bawah pengawasan Pemimpin)
08. Cara berenang seperti meluncur,meniarap,tendang keribas.
(Latihan di bawah pengawasan Pemimpin)
09. Mengumpul bahan maklumat seperti keratan akhbar & majalah.
10. Mengumpul keratan/catatan mengenai tajuk:-
bahaya dadah / bahaya merokok atau keracunan makanan.


PENYERTAAN

01. Sifat hidupan air dan mengenali 5 jenis nama ikan air masin & air tawar.
02. Mengetahui jenis umpan untuk memancing.
03. Cara menggunakan joran.
04. Menyatakan 5 jenis pokok hutan dan kegunaannya pada manusia.
05. Kitaran hidup sejenis pokok.
06. Mencara sampel (contoh) 3 jenis kayu untuk kegunaan membina bangunan.
07. Pilih SATU dari berikut:-
a) Membuat kotak pertolongan cemas / kotak surat / kota menabung wang /
yang dibuat dari bahan terbuang.
b) Membuat patung puppet bertali yang boleh digerakkan.
c) Membuat layang-layang yang boleh terbang.
d) Boleh membaiki satu jenis alat permainan yang menggunakan bateri.
08. Pilih DUA bahagian dari Jadual di bawah.
a) Membuat mini zoo serangga seperti semut / belalang / kupu-pupu / (pilih 2 sahaja)
Pemerhatian selama 3 bulan dan membuat kajian serangga itu.Kajian dicatat ke dalam
buku log.
b) Menyediakan akuarium ikan atau terrarium tumbuhan dan mengkaji peringkat
kehidupan selama 3 bulan.Kajian dicatat ke dalam buku log.
c) Melawat ke muzium dan mengkaji hidupan alam. (Nature study) ATAU
Melawat ke pusat sains/ zoo dan mencatat apa yang ada.
(Lawatan di buat bersama Pemimpin atau Ibubapa)
09. Menyanyi SATU lagu berirama tradisi seperti lagu Rasa Sayang dll.
10. Menyanyi SATU lagu rakyat seperti Nasyid, Boria, Ghazal, Dikir Barat, Dondang Sayang.
11. Menyanyi dua lagu Pengakap.
12. Berlakon satu babak cerita pendek.
13. Menari satu tarian nasional.


PERKHIDMATAN

01. Bersama dengan Pemimpin dan Pek, menjalankan aktiviti masyarakat seperti
membersih kawasan rumah / kawasan sekolah / rumah ibadat / kawasan
awam.
02. Membantu keluarga dan Ibubapa di rumah.
03. Membantu sahabat dalam kesusahan, kesedihan, kemalangan.
04. Membantu Pemimpin.
05. Melukis peta kasar kawasan tempat tinggal sendiri dengan menunjukkan
tempat-tempat penting.



Photobucket

19 April 2008

Rambu Pengakap Kanak2


Pengakap Kanak Kanak yang telah mendapat Lencana Keris Emas & 6 Lencana Kepandaian (2 Lencana Kegemaran, 2 Lencana Pengetahuan & 2 Lencana Perkhidmatan) LAYAK untuk memakai Rambu Pengakap Kanak Kanak dengan syarat Pengakap Kanak Kanak itu:
  • Pemegang Lencana Keris Emas selama 3 bulan
  • Berkelakuan baik
  • Mempunyai sifat kepimpinan yang baik dan boleh dicontohi


18 April 2008

Persetiaan Pengakap

Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan BersetiaYang SayaDengan Seberapa Daya Upaya Saya Akan:


  • Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara

  • Menolong Orang Pada Setiap Masa

  • Menurut Undang-Undang Pengakap




Photobucket

17 April 2008

Undang-Undang

  1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
  2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.
  3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
  4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
  5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
  6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
  7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.
  8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.
  9. Pengakap itu jimat dan cermat
  10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya



Photobucket

16 April 2008

Rukun Negara


BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:

  • Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
  • Memelihara satu cara hidup demokratik;
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

  • Kepercayaan kepada Tuhan,
  • Kesetiaan kepada raja dan negara,
  • Keluhuran perlembagaan,
  • Kedaulatan undang-undang,
  • Kesopanan dan kesusilaan



15 April 2008

Hormat Pengakap

Hormat Pengakap dilakukan apabila:

  • Menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan.

  • Menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.

  • Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.

  • Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.

  • Selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.

Cara Hormat Pengakap

Hormat Pengakap dilakukan dengan mengangkat tangan kanan dengan 3 jari (jari telunjuk, hantu & manis) dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. Ibu jari menindih jari kelingking.


Makna Hormat Pengakap

Tiga jari yang dirapatkan mengingatkan kepada Persetian Pengakap iaitu:
  • Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
  • Menolong orang pada setiap masa
  • Menurut Undang-undang Pengakap.

Ibu jari membawa maksud Undang-Undang Pengakap. Jari kelingking membawa maksud ahli pengakap. Simbol ibu jari menindih jari kelingking membawa maksud sebagai seorang ahli pengakap, kita ditekankan supaya sentiasa mematuhi 10 Undang Undang Pengakap.

Manakala hasil dari pertautan ibu jari dan jari kelingking bermaksud persaudaraan pengakap tanpa mengira pangkat, darjah maupun keturunan.



Photobucket

14 April 2008

Cogankata Pengakap Kanak Kanak

Cogankata yang menjadi moto Pengakap Kanak-Kanak

"BUAT HABIS BAIK"


Photobucket

13 April 2008

Sejarah Pengakap Malaysia

Frank Cooper Sands


Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 2hb Julai 1910, 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England.

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.

Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.

Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.

Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap

1910 Singapura F.C. Sands



  • 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) .



  • 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) .



  • 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman



  • 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff



  • 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker

1926 Perak I.R. Wheeler



  • 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone



  • 1926 Selangor Ameen Akbar



  • 1928 Johor



  • 1927 Terengganu A.J. Gracle



  • 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong



  • 1931 Perlis



Photobucket

12 April 2008

Sejarah Pengakap Dunia

Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran Hyde Park, London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden Powell.

Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, iaitu seorang maha guru di Universiti Oxford. Ibunya ialah anak seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik.

Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam pemeliharaan ibunya. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah. Beliau terkenal dengan nama ringkas BP. BP amat sayang kepada kanak-kanak.

BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor pada tahun 1903.

Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu.

Kepantasan dan kecekapan kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki.

Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys.

BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak dapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti daripada pusaka yang ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasar dasar asas seorang manusia.

Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung bagi seluruh dunia.

Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya. Lady Baden Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam segala kerja mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya, meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah kampung yang aman dengan pemandangan yang indah, hutan yang menghijau, kemuncak gunung yang diselaputi oleh saiji; di situlah BP berehat setelah lama berbakti kepada dunia.

Buku Scouting For Boys dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia. Ramai yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia kecuali negara-negara komunis.

Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada muda mudi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji. Pada mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal, tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa.

Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah scperti 'Baron’ dan telah menjadi Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima Order of Merit. Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun.

Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan pengakap dan pandu puteri. Seumur hidupnya, BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan pengakap.

Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang khususnya pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang dikebumikan dengan penuh kchormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya.


Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah :

TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU.



11 April 2008

Cerita Hutan


MOWGLI

Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan.

Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.


Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ.

Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi.


Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala.

Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.

Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah (jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain.

Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.

Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.

Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.


DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA

Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatubatu yang dipanggil Batu Sidang.

Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga.

Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anakanak mereka ke Batu Sidang itu.

Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan.


Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar.

"Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya.

Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan.

"Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan.

Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedia hendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan.


Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan.
Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan.
Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu.

Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu.

Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.


" Kekuatan sesebuah enam sekawan adalah ahli sekawannya

dan

kekuatan ahli sekawan terletak pada enam sekawannya "




PELAWAT TERKINI