20 Oktober 2008

JOTI 2008 - KESIMPULANNYA

Admin PPM38HL (sebagai wakil Kumpulan ke 38 Hulu Langat) telah menyertai JOTI 2008 bermula dari 18/10/2008 jam 0001 pagi (12.01 pagi) sehinggalah ke detik terakhir minggu JOTI 2008 iaitu pada 19/10/2008 jam 2359 malam (11.59 malam).

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berkenal-kenalan dengan ahli Pengakap seluruh dunia. Selain dari itu, butiran diri juga turut diperolehi agar perkenalan ini tidak terhenti setakat minggu JOTI 2008 sahaja.

Admin PPM38HL juga menerima pelawaan dari salah seorang Pandega (Pengakap Kelana) Indonesia yang juga merupakan Pemimpin Beaver (unit PKK) untuk bersama-sama mengadakan siaran aktiviti secara langsung menerusi 'webcam'. Terima kasih di atas tawaran tersebut dan Admin PPM38HL amat menghargainya.

Admin PPM38HL juga menerima jemputan dari kumpulan Pengakap dari Padua, Itali untuk sama-sama menyertai mereka dalam satu majlis pengakap di Bandar Padua, Itali pada 13/12/2008 yang bertemakan "Light of the Peace" (Cahaya Keamanan).

Para jemputan dipelawa untuk menghantarkan kiriman audio visual mengenai apakah yang kita mahukan untuk keamanan, di dalam bahasa Itali! ... Skrip turut diberikan dalam bahasa Itali disamping penambahan ayat sendiri dalam bahasa para jemputan. Setiap kiriman akan dimasukkan ke dalam CD untuk edaran keseluruh dunia! ... Hebat!

Laman web PPM38HL juga mendapat jumlah pelawat yang ramai disepanjang minggu JOTI 2008. Anda boleh lihat sendiri ahli-ahli Pengakap seluruh dunia yang telah melawat laman web PPM38HL dan ada yang sudi menulis BUKU TAMU PPM38HL.

Namun, masalah bahasa tetap memainkan peranan kerana para pelawat ini tidak memahami apakah info² yang terdapat di laman web PPM38HL. Begitu jugalah dengan Admin PPM38HL yang turut mengalami masalah bahasa apabila melayari laman web rakan JOTI yang lain ... (",)

Walaubagaimanapun, kesunyian tetap dirasai apabila kurangnya warga Pengakap Malaysia masuk ke dalam laman sembang yang telah dikhaskan. Munkin ada yang masuk tetapi dimasa yang berlainan dari Admin PPM38HL.

Admin PPM38HL juga turut ditawarkan untuk menjadi OperServ, iaitu petugas yang dipilih untuk mengawasi sessi chat yang sedang berlangsung namun terpaksa menolaknya kerana masa tidak mengizinkan.

Kesimpulannya, dimasa akan datang, Admin PPM38HL sudi mencadangkan beberapa perkara berikut untuk tindakan PPM Daerah, PPM Negeri & PPM Kebangsaan:
  1. Menyelaras penyertaan JOTI diperingkat Daerah, Negeri & Kebangsaan
  2. Memainkan peranan aktif semasa JOTI sebagai wakil yang dilantik oleh Persekutuan Pengakap Malaysia yang secara tidak langsung adalah wakil Pertubuhan Pengakap Dunia
  3. Menggiatkan setiap Negeri, Daerah dan Kumpulan (Unit PKK, PM, PR dan Kelana) agar membina dan mengaktifkan laman web masing-masing supaya sebarang info dapat disebarkan secara cepat dan pantas disamping bertukar tukar pengalaman. (Ini bukanlah bermaksud bahawa mana² kumpulan yang tidak mempunyai laman web tidak aktif)

Akhirkata, memang amat seronok menyertai JOTI 2008 serta pengalaman baru ini akan dikenang sampai bila bila.

19 Oktober 2008

JOTI 2008 (19/10/08 - 0005 PAGI)

Contoh "Validation Card" yang diterima semasa JOTI 2008 berlangsung.

18 Oktober 2008

JOTI 2008 (18/10/08 - 0030 PAGI)



Sessi 'chat' bersama Pengakap dari seluruh dunia ...

14 Oktober 2008

PEK BERCUTI KEMBALI!!!

Berita baik buat semua ahli Pengakap Kanak Kanak (PKK) 38 Hulu Langat khasnya serta ahli PKK PPM Hulu Langat & PKK PPM Kajang amnya.

Kesinambungan dari cadangan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat (PPDHL) dengan kerjasama PPM Hulu Langat dan PPM Kajang untuk mengadakan satu perkhemahan Pengakap Kanak Kanak yang akan dikenali sebagai "PEK BERCUTI & UJIAN RAMBU PENGAKAP 2008" sebelum ini akhirnya akan menjadi kenyataan.

Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh
5hb - 7hb November 2008 (Rabu - Jumaat)

Lokasi
Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Kem Tekali.

Tujuan
Pendedahan aktiviti kepengakapan dan ujian Rambu Pengakap Kanak-kanak

Aktiviti
Ikatan dan simpulan, malam kebudayaan, kraftangan, jamuan hari raya dan lain-lain

Bayaran
RM50.00 (termasuk makan minum dan sijil)

Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli Pengakap Kanak Kanak berdaftar pada tahun 2008. Sila berhubung dengan Puan Akma untuk keterangan lanjut. Sebarang pindaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

07 Oktober 2008

PEK BERCUTI DITUNDA!

Dukacita dimaklumkan bahawa "PEK BERCUTI & UJIAN RAMBU PENGAKAP 2008" anjuran PPD Hulu Langat dengan kerjasama PPM Hulu Langat dan PPM Kajang terpaksa ditunda ke suatu tarikh lain.

Penundaan tersebut adalah bagi membolehkan para pelajar yang bersekolah di bawah PPD Hulu Langat membuat persediaan bagi menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun yang dijangka bermula pada 30hb Oktober 2008.

Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan Puan Akma.

Sekian, harap maklum.

PELAWAT TERKINI