30 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52!

Rakyat Didahulukan, Pencapian Diutamakan
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52 dari kami kepada anda semua pengunjung budiman laman weblog PPM 38 Hulu Langat. PPM38HL

Merdeka membawa pengertian yang luas di dalam hidup setiap individu. Merdeka dari segi percakapan, perbuatan, pengetahuan dan berbagai lagi erti merdeka yang dapat dihubungkaitkan dengan kehidupan seharian kita. PPM38HL

Tiada ertinya negara menyambut Hari Kemerdekaan tetapi jiwa dan perasaan rakyatnya belum lagi merdeka. Tiada ertinya pemimpin melaungkan semangat merdeka jika rakyatnya masih menganggap hak keistimewaan mereka dapat membantu mereka sampai bila bila. Tiada ertinya rakyat berhimpun menyanyikan lagu negaraku tepat jam 12 tengah malam dan selepas itu memeriahkan kelab-kelab malam hinga ke pagi. PPM38HL

Sesungguhnya ... Kemerdekaan mestilah boleh dirasai. Kemerdekaan mestilah boleh dibanggai. Kemerdekaan mestilah hidup dalam jiwa sanubari ... Kerana kemerdekaan itu mencerminkan sifat peribadi bangsa kini. PPM38HL

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan Ke 52 ini, PPM 38 Hulu Langat dengan segala hormatnya mempersembahkan kesinambungan kepimpinan negara dari semenjak merdeka hinggalah masa kini ... PPM38HL

PPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HL


Tunku Abdul Rahman dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan sebagai mengenangkan segala jasa dan pengorbanan beliau dalam mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah. Beliau menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama dari tahun 1957 hingga 1963 dan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1963 hingga 1970. PPM38HL

Tunku dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan putera ke tujuh Sultan Abdul Hamid Shah, Sultan Kedah yang ke dua puluh empat, dan Che Manjalara. Dikatakan sebagai seorang kanak-kanak yang lincah dan ceria dengan minatnya terhadap sukan. Tunku menerima pendidikan awalnya di Sekolah Debsurin, Bangkok dan Penang Free School, Pulau Pinang. PPM38HL

Melalui biasiswa Kerajaan Negeri Kedah, beliau melanjutkan pelajaran di St. Catherine's College, Cambridge University, di mana beliau menerima Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-undang dan Sejarah pada 1925. Pertama kali menghadapi diskriminasi kaum yang dilakukan oleh pentadbiran kolej, dikatakan mendalamkan lagi keyakinannya untuk memperjuangkan persamaan hak dan menyalakan hasratnya untuk menjadikan tanahairnya sebuah negara yang merdeka, bebas dari genggaman penjajah British. PPM38HL

Keupayaannya memimpin juga mula terserlah semasa di England. Menyedari bahawa pelajar Melayu di sana tidak diwakili oleh mana-mana organisasi, beliau bersama-sama pelajar-pelajar tersebut menggembleng tenaga menubuhkan Kesatuan Melayu Great Britain (Malay Association of Great Britain) dan menjadi Setiausaha Kesatuan yang pertama. PPM38HL

Selepas kembali ke tanahair, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Kedah sebagai kadet di Pejabat Penasihat Undang-undang, Alor Setar, dan kemudian sebagai Pegawai Daerah di beberapa daerah di negeri Kedah. Beliau kurang disenangi oleh sesetengah pegawai British disebabkan sifatnya yang selalu lantang bersuara mengkritik dan berusaha membawa perubahan untukmemperbaiki taraf hidup rakyat. PPM38HL

Niatnya untuk menyudahkan pelajaran undang-undang di Inner Temple, England pada 1938 tidak kesampaian apabila tercetusnya Perang Dunia ke dua. Beliau meneruskan pembelajarannya lapan tahun kemudian dan kembali dengan kelayakan undang-undang pada tahun 1949. PPM38HL

Kesedaran politik yang diperolehi hasil dari berkawan dengan pelbagai golongan dari seluruh dunia di England tidak dibazirkan begitu saja, di mana beliau dijadikan Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Kedah selepas sahaja beliau kembali ke tanahair. Pada 26 Ogos 1951, Tunku menjadi Presiden UMNO menggantikan Dato' Onn Jaafar. Beliau menjelajah ke seluruh negara bertemu segenap lapisan masyarakat dan menyeru ke arah penyatuan. Usaha beliau dalam menyelesaikan masalah politik negara dengan mendapatkan kerjasama antara kumpulan-kumpulan etnik, menampakkan hasil dengan lahirnya Parti Perikatan pada 1955. PPM38HL

Di bawah pimpinannya, Perikatan memenangi Pilihanraya Umum pertama pada Julai 1955. Tunku kemudiannya dilantik sebagai Ketua Menteri Negara dan Menteri Dalam Negeri. Pada tahun 1956, beliau mengetuai misi ke London untuk membincangkan dengan pihak Kerajaan British mengenai kemerdekaan Tanah Melayu. Hasil dari mesyuarat tersebut, Perjanjian Merdeka (Independent Treaty) ditandatangani di Lancaster House, London pada 8 Februari 1956 dan seterusnya Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tunku kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama, dan terus mengetuai Perikatan ke arah kegemilangan pada Pilihanraya Umum 1959, 1964 dan 1969. PPM38HL

Pada May 1961, Tunku menyarankan gagasan Malaysia - merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Borneo Utara (kemudian dikenali sebagai Sabah) dan Brunei. Kesemuanya kecuali Brunei menyertai gagasan tersebut pada 9 Julai 1963. Walaubagaimanapun, Singapura menarik diri dari Malaysia pada 1965. Pada 22 September 1970 Tunku meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan digantikan oleh Tun Abdul Razak. PPM38HL

Tunku, yang dikurniakan tujuh orang cahayamata melalui perkahwinannya dengan Allahyarham Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, meninggal dunia pada 1990. PPM38HL

PPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HL

Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, beliau menggantikan Tunku Abdul Rahman memimpin negara dari tahun 1970 hingga 1976. PPM38HL

Dilahirkan di Pulau Keladi, Pahang pada 11 Mac 1922, Tun Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1934 dan merupakan seorang pelajar yang cemerlang. PPM38HL

Selepas berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Melayu di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1939, beliau dianugerahkan biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Pembelajarannya di kolej tersebut tergendala disebabkan tercetusnya Perang Dunia Kedua. PPM38HL

Melalui biasiswa Malayan Union, Tun Razak melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang-undang pada tahun 1947 di Britain. Pada tahun 1950, beliau menerima Degree of an Utter Barrister daripada Lincoln's Inn. Semasa di England, Tun Razak merupakan ahli Parti Buruh British dan seorang pemimpin pelajar Kesatuan Melayu Great Britain yang terkenal. Beliau juga menubuhkan Malayan Forum, satu organisasi untuk pelajar-pelajar Malaya membincangkan mengenai isu politik negara mereka. PPM38HL

Sekembalinya ke tanahair, Tun Razak menyertai Perkhidmatan Awam Malaya. Tun Razak merupakan seorang yang berkaliber dalam politik, ini terbukti kerana pada tahun 1950 beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dua tahun kemudian, beliau menjadi Setiausaha Kerajaan Pahang dan pada Februari 1955, pada usia 33 tahun, beliau menjadi Menteri Besar Pahang. Beliau bertanding dan menang dalam pilihanraya umum negara yang pertama pada Julai 1955 dan dilantik menjadi Menteri Pendidikan. Tun Razak juga merupakan ahli rombongan ke London bagi menuntut kemerdekaan daripada British pada Februari 1956. PPM38HL

Selepas pilihanraya umum 1959, beliau menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar disamping memikul tugas-tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar pembangunan yang meliputi setiap keperluan negara, yang dikenali sebagai 'Buku Merah'. Pada September 1970, Tun Razak menggantikan Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Perdana Menteri Malaysia. PPM38HL

Tun Razak juga dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab dalam melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Beliau dan "generasi kedua" ahli politik Melayu melihat akan perlunya untuk menyelesaikan perbezaan ekonomi dan sosial yang dihadapi oleh mangsa perkauman. DEB meletakkan dua matlamat asas - untuk mengurangkan dan menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula kegiatan ekonomi. PPM38HL

Tun Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik. PPM38HL

Tun Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Pembangunan bagi menghargai segala sumbangannya di dalam pembangunan kebangsaan dan luar bandar. PPM38HL

PPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HL

Tun Hussein Onn, merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke tiga, memimpin negara dari tahun 1976 hingga 1981. Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 12 Februari 1922 dan merupakan cahayamata kepada Dato Onn Jaafar dan Datin Halimah Hussein. PPM38HL

Beliau menerima pendidikan awal di Singapura dan English College di Johor Bahru. Selepas tamat sekolah, beliau menyertai Pasukan Pertahanan Johor sebagai kadet pada tahun 1940 dan setahun kemudian dihantar ke Indian Militatary Academy di Dehra Dun, India. Selepas tamat latihannya, beliau diserap ke pasukan Indian Army dan berkhidmat di Timur Tengah semasa meletusnya Perang Dunia ke Dua. Selepas peperangan, pihak British telah mengambil beliau beliau sebagai jurulatih di Pusat Rekrut dan Latihan Polis Malaya di Rawalpindi. PPM38HL

Tun Hussein kembali ke Malaysia pada tahun 1945 dan dilantik sebagai Komandan Polis Depot Johor Bahru. Pada tahun berikutnya beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagai Penolong Pentadbir di Segamat, Johor. Kemudiannya, beliau dipindahkan ke Selangor sebagai Pegawai Daerah Kelang dan Kuala Selangor. PPM38HL

Tun Hussein, yang berasal dari keluarga yang begitu mendalam semangat nasionalismenya dan dengan darah politik yang mengalir ditubuhnya, beliau berhenti dari perkhidmatan awam untuk menyertai politik. Pada 1949, beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO yang pertama, iaitu parti yang ditubuhkan dengan bantuan bapanya. Pada 1950, beliau dipilih sebagai Setiausaha Agong UMNO. Bagaimanapun, Tun Hussein meninggalkan UMNO pada 1951 untuk menyertai bapanya menubuhkan parti baru iaitu Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). PPM38HL

Malangnya IMP tidak mendapat sambutan dan Tun Hussein ke London untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang-undang di Lincoln's Inn, melayakkan diri sebagai Barrister-at-Law. Beliau kembali sebagai seorang peguam bertauliah dan bekerja di Kuala Lumpur. PPM38HL

Tun Hussein kembali ke arena politik pada tahun 1968 apabila dipujuk oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak untuk menyertai semula UMNO. Beliau bertanding dan menang dalam Pilihanraya Umum 1969 dan kemudian dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Pada 13 Ogos 1973 Tun Hussein telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan tempat Allahyarham Tun Dr Ismail. Pada15 Januari 1976 beliau dilantik pula sebagai Perdana Menteri Malaysia selepasnya kematian Tun Abdul Razak. PPM38HL

Tun Hussein amat menekankan isu-isu perpaduan melalui polisi-polisi yang menjurus ke arah matlamat perpaduan negara dengan mengimbangkan kedudukan ekonomi antara kaum. Sebagai contoh, pada 20 April 1981 menyaksikan lahirnya Skim Amanah Saham Nasional. Beliau juga memberi perhatian yang serius terhadap konsep Rukun Tetangga dan usaha-usaha memerangi dadah. PPM38HL

Tun Hussein, yang berkahwin dengan Toh Puan Suhaila Tan Sri Haji Mohd Noah menjalani rawatan jantung pada awal 1981. Beliau memutuskan untuk bersara dari politik pada 17 Julai 1981 dan sekaligus meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1990 pada usia 68 tahun. PPM38HL

Tun Hussein Onn kini dikenang sebagai Bapa Perpaduan bagi mengenangkan segala jasa dan usahanya dalam memupuk perpaduan di negara ini. PPM38HL

PPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HL

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat pada 16hb Julai 1981. PPM38HL

Dilahirkan pada 20hb Disember 1925 di Alor Setar, ibu negeri Kedah, Tun Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal dan menengahnya di bandar kelahirannya. Pada tahun 1947, beliau mendapat tempat di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura untuk melanjutkan pelajarannya. PPM38HL

Selepas menamatkan pengajiannya, beliau menyertai perkhidmatan awam Malaysia sebagai Pegawai Perubatan. Pada tahun 1957 beliau meninggalkan perkhidmatan awam untuk membuka klinik perubatan di Alor Setar. Tun Dr. Mahathir mula aktif dalam arena politik sejak 1945. Beliau telah menjadi ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sejak ditubuhkan pada 1946. PPM38HL

Selepas memenangi Pilihanraya Umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pada Pilihanraya Umum berikutnya iaitu pada tahun 1969. PPM38HL

Oleh kerana minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan, beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama pada tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada 1972, Member of the University Court and University of Malaya Council, dan Chairman of the National University Council pada 1974. PPM38HL

Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk membolehkannya bertanding dalam Pilihanraya Umum 1974 di mana beliau menang tanpa bertanding. Berikutan daripada pilihanraya tersebut, Tun Dr. Mahathir dilantik menjadi Menteri Pendidikan Malaysia. PPM38HL

Pada tahun 1976, Tun Dr. Mahathir dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri disamping terus menjalankan peranan dan tugas-tugas sebagai Menteri Pendidikan. Di dalam rombakan kabinet dua tahun kemudian, beliau melepaskan portfolio Pendidikan untuk menyandang jawatan baru sebagai Menteri Perdagangan dan Industri. Setelah dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Industri, Tun Dr Mahathir mengetuai dalam pelbagai misi dan promosi pelaburan di luar negara. PPM38HL

Tun Dr. Mahathir telah dipilih sebagai salah seorang daripada tiga Naib Presiden UMNO pada tahun 1975. Pada tahun 1978, beliau memenangi kerusi Timbalan Presiden parti dan pada tahun 1981 beliau dilantik sebagai Presiden parti. Beliau mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden parti pada tahun 1984 apabila menang tanpa bertanding. PPM38HL

Dalam pilihanraya parti 1987, Tun Dr. Mahathir mengalahkan lawannya untuk mengekalkan jawatan Presiden dan pada tahun 1990 dan 1993, sekali lagi beliau menang tanpa bertanding sebagai Presiden parti. Di bawah pentadbiran beliau, parti memerintah Barisan Nasional memenangi Pilihanraya Umum berturut-turut pada tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999. PPM38HL

Tun Dr. Mahathir berkahwin dengan seorang doktor, Tun Dr. Siti Hasmah bt Mohd Ali, dan mereka dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar. PPM38HL

Tun Dr. Mahathir telah bersara sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003. PPM38HL

PPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HL

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-lima pada 31 Oktober 2003. PPM38HL

Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Tun Abdullah menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1964. PPM38HL

Setelah tamat pengajian,Tun Abdullah menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Tun Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Tun Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian yang sama pada tahun 1974. PPM38HL

Tun Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Tun Abdullah mula bergerak aktif dalam arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan beliau berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut sehingga kini. Tun Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981. Tun Abdullah telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000,Tun Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003. PPM38HL

Tun Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa kementerian. Tun Abdullah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80), Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86) dan Menteri Pertahanan (1986-87) . Pada 15 Mac 1991, Tun Abdullah dilantik sebagai Menteri Luar sehingga Januari 1999. Seterusnya, Tun Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri. Selain itu, Tun Abdullah juga adalah Menteri Pertahanan. PPM38HL

Tun Abdullah telah mendirikan rumahtangga dengan Allahyarham Datin Seri Endon Dato' Mahmood pada tahun 1965. Setelah 40 tahun bersama, Datin Seri Endon telah meninggal dunia akibat penyakit kanser pada 20 Oktober 2005. Mereka mempunyai 2 orang anak dan 5 orang cucu. Tun Abdullah kemudiannya berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun 2007. Datin Seri Jeanne mempunyai 2 orang anak perempuan. PPM38HL

PPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HLPPM38HL


Dato’ Sri Mohd. Najib dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 pada 3 April 2009. Beliau menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti. PPM38HL

Dato’ Sri Najib, anak sulung kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau menerima pendidikan rendah dan menengah di St. John’s Institution. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran peringkat menengah di Malvern Boy’s College, Worcestershire, England. Sebaik menamatkan pendidikan peringkat menengah, Dato’ Sri Najib melanjutkan pengajian di University of Nottingham sehingga memperoleh ijazah dalam ekonomi perindustrian pada 1974. PPM38HL

Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai eksekutif di syarikat petroleum Negara, Petronas selama dua tahun. Namun pemergian bapanya pada 1976, mendorong Dato’ Sri Najib menceburi bidang politik. Beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan ekoran kematian bapanya. Kesedihan seluruh Negara ekoran pemergian Tun Abdul Razak dan sebagai menghargai sumbangan Allahyarham kepada pembangunan negara menyaksikan Dato’ Sri Najib memenangi kerusi Parlimen Pekan tanpa bertanding ketika berusia 23 tahun. PPM38HL

Saat itulah yang merubah corak kehidupan Dato’ Sri Najib yang mencurahkan khidmatnya dalam politik dan kerajaan. Ekoran kemenangan tanpa bertanding sebagai Ahli Parlimen Pekan pada 1976, Dato’ Sri Najib dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos. Beliau kemudiannya dilantik Timbalan Menteri Pelajaran dan selepas itu Timbalan Menteri Kewangan. Pada pilihan raya umum 1982, beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar di Pekan dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Besar Pahang sehingga tahun 1986. PPM38HL

Dato’ Sri Najib dilantik Menteri kebudayaan, Belia dan Sukan ekoran kemenangannya pada pilihan raya umum 1986 apabila beliau kembali bertanding kerusi Parlimen Pekan. Di bawah terajunya, Malaysia mencipta sejarah apabila buat pertama kali memperoleh pencapaian yang terbaik di Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA). Beliau juga memperkenalkan Dasar Sukan Negara yang menggariskan pembangunan sukan dan memperkenalkan ganjaran insentif kepada atlit negara yang berjaya memenangi pingat di Sukan Olimpik. PPM38HL

Pada tahun 1990, Dato’ Sri Najib dilantik sebagai Menteri Pertahanan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Beliau memacu Kementerian Pertahanan dengan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia melalui peningkatan keupayaan, pemerolehan dan latihan strategik. Usaha pemodenan yang diperkenalkannya menyaksikan Malaysia memperoleh aset-aset baru seperti pesawat buatan Rusia, MiG 29, Boeing F18 Super Hornet, kapal frigate F-2000, artileri senjata 155m dan menaik taraf sistem pertahan udara negara dengan perolehan sistem radar baru. Soal kebajikan anggota Angkatan Tentera juga diberi perhatian oleh beliau termasuk meningkatkan kemudahan perumahan dan elaun anggota. PPM38HL

Pada tahun 1995, Dato’ Sri Najib dilantik menerajui kementerian yang lebih mencabar, iaitu sebagai Menteri Pelajaran. Di bawah terajunya, sistem pendidikan negara mengalami perubahan yang besar termasuk memperkenalkan Akta pelajaran 1996. PPM38HL

Perubahan demi perubahan yang diperkenalkannya menyaksikan sistem pelajaran negara terutama institusi pengajian tinggi mengalami perubahan besar apabila mereka dibenar menawarkan kursus yang lebih banyak, kepelbagaian pilihan dan pendekatan baru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Kini rakyat Malaysia mempunyai banyak pilihan dan tempat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Dalam pada itu, jumlah penuntut dari negara luar negara yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tempatan dan asing di negara ini juga semakin bertambah. PPM38HL

Malah, Dato’ Sri Najib memainkan peranan yang besar untuk memperkenalkan sistem pendidikan bertaraf dunia di Malaysia dan meletakkan negara sebagai hab pembelajaran serantau dan pusat kecemerlangan. Di sebalik itu, perhatian lebih diberikan untuk melahirkan guru-guru terlatih menerusi meningkatkan sijil perguruan kepada status diploma, supaya guru-guru dalam kategori tersebut dapat menerima gaji permulaan bulanan yang lebih tinggi dan projek perumahan khas untuk guru-guru. PPM38HL

Pada pilihan raya umum 1999, Dato’ Sri Najib menerima keputusan mengejutkan apabila hanya memperoleh majoriti 241 undi di kawasan Parlimen Pekan yang majoriti pengundinya berketurunan Melayu, berbanding majoriti lebih 10,000 undi pada pilihan raya sebelumnya. Keputusan itu mengejutkan beliau dan para pemerhati politik. Bagaimanapun ia tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang amat mengejutkan memandangkan pilihan raya itu diadakan ketika suasana politik yang tidak menentu. PPM38HL

Selepas pilihan raya umum itu, beliau dilantik semula sebagai Menteri Pertahanan untuk kali kedua dan meneruskan usaha ke arah pemodenan Angkatan Tentera, setelah negara melepasi krisis ekonomi pada 1997. Antara perolehan utama termasuk pembelian pesawat termoden buatan Rusia, Sukhoi SU30 MKM, kapal selam yang sekian lama menjadi hasrat Tentera Laut Diraja Malaysia dan kereta kebal dari Poland. Juga sistem pertahan udara negara, Jernas untuk kegunaan Tentera Darat. Bagi anggota tentera, beberapa elaun dipertingkatkan termasuk elaun penerbangan untuk juruterbang tentera udara serta kadar gaji yang lebih tinggi bagi anggota baru. PPM38HL

Pilihan raya umum 2004 yang diadakan beberapa bulan selepas Dato’ Sri Najib dilantik Timbalan Perdana Menteri, menyaksikan beliau memenangi kerusi Parlimen Pekan dengan peningkatan majoriti mendadak iaitu 22,922 undi. Angka itu adalah majoriti tertinggi yang diperoleh pada pilihan raya berkenaan, sekali gus membuktikan kemampuan beliau memenangi hati pengundi sememangnya tidak boleh dipertikaikan. PPM38HL

Pada pilihan raya umum 2008, Dato’ Sri Najib sekali lagi memenangi kerusi parlimen Pekan dengan majoriti lebih besar iaitu 26,464 undi. Ia adalah majoriti paling besar bagi Barisan Nasional di sebalik penurunan sokongan rakyat kepada BN pada pilihan raya itu. PPM38HL

Beliau kekal sebagai Menteri Pertahanan sehingga September 2008 apabila mengambil alih jawatan Menteri Kewangan daripada Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi. Pada Mac 2009, Dato’ Sri Najib memenangi jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding selepas Dato’ Seri Abdullah memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan itu. Seterusnya pada April, Dato’ Seri Abdullah mengumumkan melepaskan jawatan Perdana menteri dan digantikan Dato’ Sri Najib yang kemudiannya mengangkat sumpah jawatan itu. Pada masa yang sama beliau masih memegang jawatan Menteri Kewangan. PPM38HL

Dato’ Sri Najib berkahwin dengan Datin Sri Rosmah Mansor dan dikurniakan lima cahaya mata. PPM38HL



21 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN 1430 HIJRAH


Bulan Ramadhan adalah bulan paling istimewa antara 12 bulan dalam kalendar Islam. Keistimewaan bulan ini bukanlah kerana hikayat sejarah tertentu, tetapi kerana Ramadhan adalah pakej lengkap untuk membangunkan seluruh potensi manusia; fizikal, spiritual, intelek dan emosi dan modul teras di dalam Ramadhan adalah PUASA. Para ilmuan Islam meletakkan berpuluh-puluh nama dan gelaran untuk bulan yang mulia ini untuk menunjukkan betapa saratnya Bulan ini dengan keistimewaan daripada Allah SWT.

Salah satu sunnah yang sewajarnya kita hidupkan sebelum melangkah ke gerbang Ramadhan adalah dengan menyebarkan ucapan tahniah dan menzahirkan kegembiraan atas kunjungan bulan yang agung dan barakah ini. Ramadhan adalah tanda kasih sayang Allah kepada umat Muhammad yang tidak pernah dianugerahkan kepada mana-mana umat yang terdahulu. Antara ucapan yang biasanya diucapkan oleh para Salaf adalah ucapan “Ramadhan Kareem” yang bermaksud “Selamat menyambut Ramadhan yang mulia”.

Antara kelebihan yang terdapat pada bulan ini yang sewajarnya kita hayati dan meraihnya adalah seperti berikut:


1. Difardhukan Puasa dan ibadah-ibadah khusus yang lain;

Puasa adalah ibadah teras dalam bulan Ramadhan. Puasa bukan sekadar ujian fizikal semata-mata daripada menahan lapar dan dahaga, tetapi puasa juga adalah ibadah yang memantapkan spiritual dan kerohanian seorang hamba kepada Penciptanya. Bahkan puasa mengandungi pelbagai khasiat dari sudut perubatan yang telah diperakui oleh pakar-pakar sains kesihatan. Bahkan Allah merahsiakan betapa besarnya ganjaran orang yang berpuasa sebagaimana yang tersebut di dalam hadith:

“Setiap amalan anak Adam (manusia), diberikan ganjaran antara 10 hingga 700 kali ganda kecuali puasa. Sesungguhnya puasa adalah untukKU dan Akulah yang akan mengganjarinya” (riwayat Muslim).

Selain puasa, kita juga dianugerahi dengan amalan dan ibadah yang hanya dikhususkan dalam Ramadhan iaitu SOLAT SUNAT TARAWIH dan ZAKAT FITRAH.


2. Dibukakan pintu rahmat dan tertutup pintu-pintu kehinaan;

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila datangnya Ramadhan, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu Neraka dan dibelenggu Syaitan-syaitan” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada hadith ini bahkan daripada berpuluh hadith-hadith yang lain jelas menunjukkan betapa Ramadhan adalah bulan yang kondusif untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah. Memang sekiranya diamati, kita dapat merasakan kelainan dalam melakukan ibadah dalam bulan yang istismewa ini.


3. Diturunkan Al Quran sebagai manual hidup manusia;

Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW adalah pada 17 Ramadhan. Firman Allah: “Pada bulan Ramadhan diturunkan Al Quran sebagai petunjuk, dan keterangan daripada petunjuk serta pemisah (antara benar dan salah)” (Surah al Baqarah: 2: 185).

Al Quran adalah rujukan kepada hamba Allah yang beriman. Kandungan Al Quran sentiasa mendahului zamannya dan meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Malah, sebagaimana yang telah terbukti dalam banyak hal, kandungan Al Quran lebih saintifik dan rasional daripada teori-teori ciptaan manusia. Al Quran mengandungi hukum-hakam, sejarah umat terdahulu dan nilai-nilai hidup sebagai pedoman kepada manusia. Orang yang membaca dan memahami Al Quran sentiasa mendapat ketenangan dan inspirasi yang tidak putus-putus dalam hidupnya.


4. Laylatul Qadar (Malam Keutamaan/Kemuliaan) yang lebih baik dari seribu bulan

Firman Allah: “Laylatul Qadr adalah lebih baik daripada seribu bulan” (Surah al Qadr: 97: 3). Laylatul Qadr adalah salah satu malam dalam bulan Ramadhan. Tiada siapa yang mengetahui malam manakah berlakunya laylatul Qadr. Walaubagaimanapun Rasulullah SAW memberikan penekanan untuk memburu laylalatul Qadr pada sepuluh malam yang terakhir Ramadhan khususnya pada malam-malam angka ganjil. Hikmahnya, supaya manusia berlumba-lumba dan berusaha untuk mengerjakan ibadah untuk mendapat ganjaran seolah-olah beribadah selama seribu bulan ataupun 83 tahun lebih.

Akhirnya, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Rasulullah SAW:

“Barang siapa yang dikurniakan Ramadhan sedangkan dosanya tetap tidak diampunkan, Sesungguhnya ia semakin jauh daripada rahmat Allah” (riwayat Ibn Hibban- Sahih)

Selamat Berpuasa dan Beribadah.

PELAWAT TERKINI