22 Februari 2010

SELAMAT HARI PENGASAS PENGAKAP SEDUNIA!

22 Februari 1857 - 8 Januari 1941

Bahawa Dengan Sesungguhnya ... Saya Berjanji Dan Bersetia ...
Yang Saya ... Dengan Seberapa Daya Upaya Saya ... Akan ...

Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara,
Menolong Orang Pada Setiap Masa,
Menurut Undang-Undang Pengakap.


Bermula dengan usaha mengumpulkan budak-budak terbiar dan melepak, kemudiannya mengadakan perkhemahan pertama di Pulau Brownsea pada tahun 1907, telah berjaya menarik minat kanak-kanak dan remaja untuk mendewasakan diri dan berdikari.

Tahun perkhemahan pertama itulah bermulaya Sejarah Pengakap Dunia yang dipelopori oleh Lord Baden Powell of Gilwell (1857-1941) atau lebih mudah disebut sebagai BP.

Walaupun BP sudah meninggal pada tahun 1941, tetapi jasanya mendisiplinkan kanak-kanak dan remaja melalui ilmu kePengakapan tetap dikenang. Tarikh lahirnya pada 22 Februari telah dijadikan Hari Pengasas Pengakap di seluruh dunia.

Selamat Menyambut Hari Pengasas Pengakap Sedunia
kepada seluruh Warga Pengakap Malaysia!

14 Februari 2010

PERJUMPAAN AKTIVITI KE 2

Tarikh : 13hb Februari 2010
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Lokasi : Depan Dewan Juwita, SK Pandan Indah
Kehadiran Murid : 35 orang
Kehadiran Pemimpin : 10 orang

Aktiviti bermula dengan ahli baru dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut darjah/tahun. Selepas itu diperkenalkan tatacara pemakaian seragam lengkap Pengakap. Ahli ahli baru diminta memaklumkan kepada ibubapa/penjaga bahawa tiada paksaan untuk memiliki pakaian seragam yang lengkap tetapi demi keseragaman semasa menjalankan aktiviti, pakaian Pengakap yang lengkap perlu ada disamping mendatangkan semangat berkumpulan.

Seterusnya, ditunjukan bagaimana Istiadat Laung Agung dijalankan oleh ahli lama. Setelah semua ahli baru memahami secara teori istiadat tersebut, ahli baru secara berkumpulan dilatih membuatnya dengan dibantu oleh ahli lama.

Sebelum bersurai, upacara perlantikan secara rasmi telah dibuat kepada semua pemegang jawatan yang telah disempurnakan oleh Pemimpin Kumpulan, Cikgu Faris Mat Zain. Sejurus selepas itu, dibacakan watikah perlantikan yang antara lainnya berbunyi ...

Mulai saat ini, bahawa adik Ahmad Eizat Bin Abdul Halim adalah dilantik sebagai Ahli Jawarankuasa bagi Kumpulan Ke 38 daerah Hulu Langat, Sekolah Kebangsaan Pandan Indah, Selangor.

Dengan itu segala kemajuan dan kemunduran kumpulan ini adalah di atas tanggungjawab adik.

Teruskan perjuangan ini sebagai Ahli Jawatankuasa yang baik, adil, amanah, kerjasama dan sefahaman seperti adik beradik, tidak kira apa keturunan sekalipun.


Sebelum bersurai, semua ahli diingatkan agar menyediakan buku log untuk mencatatkan informasi mengenai skim latihan Pengakap Kanak Kanak. Juga ditunjukkan contoh buku log ahli lama.

Selepas ahli Pengakap bersurai, perjumpaan telah diadakan sesama Pemimpin dan Penolong Pemimipin Kumpulan Ke 38 Hulu Langat. Pemimpin telah diterangkan serba sedikit mengenai aktivit tahunan kumpulan serta beliau juga memahami komitmen yang perlu dari setiap Penolong Pemimpin bagi menjayakan aktiviti.

Usul juga telah dibuat agar dibuat perjumpaan tambahan pada setiap hari Jumaat bermula dari jam 5.30 petang hingga 6.30 petang. Tujuan perjumpaan tambahan ini adalah untuk menyediakan ahli Pengakap dengan ilmu kePengakapan sebelum dihantar untuk mengambil ujian. Surat permohonan akan diusulkan kepada Puan Guru Besar selepas cuti Tahun Baru Cina apabila sekolah dibuka kembali.

Usul lain juga adalah untuk dibuat baju-T kumpulan dengan harga yang memadai disamping para Penolong Pemimpin juga telah bersetuju untuk menempah pakaian seragam baru serta mengadakan lawatan sambil belajar ke pusat pusat dimana aktiviti Pengakap dijalankan.

Perjumpaan Pemimpin berakhir pada jam 10.30 pagi.

PELAWAT TERKINI