05 Jun 2009

DAULAT TUANKU!

Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah merupakan Sultan Negeri Terengganu yang ke 16 sebelum ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 13 Disember 2006.

Baginda Tuanku Mizan telah dilahirkan pada 22 Januari 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu Darul Iman. Baginda merupakan putera sulung kepada  Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah bersama Sharifa Nong Fatima.

Tuanku Mizan Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Seterusnya baginda melanjutkan pelajarannya di Geelong Grammar School di Geelong, Australia. Pada tahun 1988, baginda menghabiskan pembelajarannya di U.S. International University-Europe di London dengan memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera di International Relationships pada 9 Jun 1988.

Baginda kemudiannya telah melibatkan diri dengan kursus ketenteraan PRE SMC (E) 33 di Army School of Languages daripada 2 November 1982 hingga 31 Mei 1983 dan kemudiannya menghadiri kursus ketenteraan SMC 33 di Akademi Tentera DiRaja Sandhurst di England daripada 3 Mei 1983, menghabiskan kursus Pegawai Kadet pada 9 Disember 1983. Baginda telah ditauliahkan dengan pangkat Leftenen pada 1 Mac 1984 dan telah berkhidmat di dalam Pasukan Askar Berkuda DiRaja.

Baginda Tuanku Mizan telah ditabalkan sebagai Putera Mahkota Negeri Terengganu Darul Iman pada 6 November 1979 dan kemudiannya pemangku Sultan Terengganu daripada 20 Oktober hingga 8 November 1990. 

Baginda berkahwin dengan Sultanah Nur Zahirah pada 28 Mac 1996 dan dikurniakan 2 putera serta 2 puteri berumur diantara 7 hingga 13 tahun.

Baginda merupakan Sultan Melayu termuda apabila menaiki takhta kerajaan Negeri Terengganu pada 15 Mei 1998 setelah kemangkatan ayahanda baginda. Baginda ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Terengganu pada 4 Mac 1999.

Pada 26 April 1999 baginda telah dilantik sebagai Timbalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  ke 11 Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan memangku jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berikutan kemangkatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 21 November 2001.

Baginda sekali lagi dilantik sebagai Timbalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2001 kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 12 iaitu Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Pada 3 November 2006 Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 13 mulai 13 Disember 2006 semasa berumur 44 tahun. 

~ DAULAT TUANKU ~

01 Jun 2009

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KE 51 TUDM

~ SENTIASA DI ANGKASA RAYA ~




PELAWAT TERKINI