27 April 2009

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KE 75 TLDM

~ SEDIA BERKORBAN ~

Semboyan angkatan laut kita
Di samudera raya
Menjaga pantai ibu pertiwi
Dari angkara murka

Dari Barat sampai ke Timur
Itulah pantai Malaysia
Tiap saat berjaga
Di tengah samudera raya

Perwira dan Satria
Angkatan Laut Di Raja ...


24 April 2009

PERSEDIAAN SAMBUTAN 100 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA

Ruangan pameran dan raptai yang sedang dijalankan

 Warga PPM 01 Kluang Johor (Sekolah Tinggi Kluang)

Pelan Stadium Negara dari Laman Cikgu Rosmah Johor

Semasa saya tiba di perkarangan Stadium Negara, kerja2 membina pintu gerbang di pintu masuk utama hampir selesai. Kemudian balik ke Rumah BP untuk mengambil beberapa peralatan dan sempat berjumpa dengan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor (Biro Latihan & Sumber Dewasa) Tuan Haji Rahmat Bin Jaafar serta Kontijen PPM 01 Kuang (STK) serta dari Kontijen PPM Kemaman, Terengganu. 

Balik ke Stadium Negara, Kelana Zonice sedang sibuk memunggah barang dari lori. Raptai persembahan sedang berlangsung. Kelihatan juga beberapa Pesuruhjaya Negeri serta Pesuruhjaya2 lain sedang bertungkus lumus memberikan yang terbaik untuk semua pada hari esok.

06 April 2009

PERHIMPUNAN RAKSAKSA PENGAKAP

Marilah kita beramai ramai memeriahkan majlis Perhimpunan Raksaksa Sempena Sambutan 100 Tahun KePengakapan Di Malaysia yang pastinya memberikan 1001 pengalaman baru dalam ertikata kePengakapan di Malaysia.


Anjuran
  • Persekutuan Pengakap Malaysia

Tarikh
  • Sabtu, 25hb. April 2009

Tempat
  • Stadium Negara, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur

Masa
  • 9.00 pagi

Tetamu Kehormat
  • YAB Tun Hj Abdullah Ahmad Badawi

Kehadiran
  • 6,000 ahli Pengakap Malaysia

Aturcara Perhimpunan
  • Persembahan Multimedia
  • Persembahan Tarian Tradisional
  • Persembahan Formasi Kompang
  • Persembahan Tarian Cak Lem Pong
  • Istiadat Penyampaian Pingat Peringatan 100 Tahun

Pameran
  • Pameran Pengakap akan diadakan dan dibuka kepada orang ramai bermula pada 23 hingga 25 April 2009 diruang legar Stadium Negara.

Jamuan
  • Minum pagi disediakan kepada semua hadirin dari jam 7.00 pagi sehingga 8.30 pagi, iaitu sebelum masuk ke dewan - dibelakang Stadium Negara (tempat letak kereta belakang)
  • Makan Tengahari akan disediakan kepada semua hadirin di tempat yang sama.

03 April 2009

TERIMA KASIH & TAHNIAH

PPM38HL mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan malahan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke 5 di atas segala usaha dan jasa beliau mengharumkan nama negara di serata pelusuk dunia dan segala keperihatinan beliau menaikkan taraf ekonomi rakyat Malaysia. Sesungguhnya rakyat Malaysia akan pasti merindui mu!


PPM38HL juga mengucapkan tahniah di atas perlantikan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6. Pengalaman luas beliau dalam kabinet serta sokongan padu rakyat Malaysia ditambah dengan prestasi hubungan diplomatik negara semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri pasti akan menaikkan lagi imej Malaysia di mata dunia.

PELAWAT TERKINI