27 September 2009

MASIH INGAT JOTI 2008? ... KINI TIBA JOTI 2009!

Admin PPM38HL baru menerima email dari Penyelaras Pasukan Program JOTA JOTI Antarabangsa 2008 bahawa kesemua peserta yang memiliki 'group weblog' semasa berlangsungnya JOTA JOTI 2008 akan menerima DVD seperti di atas sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.

Di bawah ini disertakan sedikit sedutan daripada DVD tersebut.


Mungkin tiada gambar-gambar aktiviti dari PPM38HL namun memiliki DVD JOTA JOTI 2008 merupakan satu koleksi yang amat bernilai kepada mereka yang menghargainya. Untuk mengimbas kembali detik-detik JOTI 2008 PPM38HL, anda boleh klik SINI dan SINI. Insyaallah ... PPM38HL sekali lagi akan bersiaran semasa JOTA JOTI 2009 ini ...

oh ya ... IRC CHAT SCOUTLINK @ laman web PPM38HL masih beroperasi ... pada yang sudah mendaftar dan masih ingat kata laluannya, sila klik di panel sebelah kanan. Manakala mereka yang mahu membuat 'group weblog', perlu mendaftar semula.

Email
38hululangat@gmail.com

Yahoo Messenger
ppm38hululangat

Weblog
38hululangat.blogspot.com


Baru mukasurat pertama ... antara yang terawal ...




18 September 2009

SALAM AIDILFITRI !



16 September 2009

HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE 76


Sejarah moden Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938.

Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua - dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun.

Selepas perang, negara dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948. Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion.

Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi.

Pada masa ini pasukan Tentera Darat (TDM) sedang pesat dipermodenkan sebagai satu pasukan tentera konvensional yang mampu untuk menghadapi cabaran masa depan.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pula bermula dari Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-negeri Selat pada 27 April 1934 di Singapura. Pasukan ini diperbesarkan pada tahun 1938 dengan penubuhan cawangan Pulau Pinang dan ditukarkan nama kepada Pasukan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya.

Menjelang Perang Dunia Kedua, seksyen Melayu dalam Royal Navy telah ditubuhkan dan kekuatan pasukan ini mencapai jumlah 1430 anggota pada tahun 1941. Selepas kejatuhan Singapura pada tahun 1942, seramai 150 orang anggota Tentera Laut Malaya telah berundur ke Ceylon, India dan Afrika Timur.

Anggota -anggota ini kembali ke Malaya apabila perang tamat. Malangnya disebabkan kekurangan kewangan selepas perang, Tentera Laut Malaya telah dibubarkan pada bulan April 1947. Apabila darurat tercetus pada tahun 1948, Tentera Laut Malaya telah dihidupkan semula dan diwartakan pada 4 Mac 1949.

Tentera Laut Malaya dianugerahkan gelaran Diraja oleh baginda Queen Elizabeth II pada tahun 1952. Tentera Laut Diraja Malaya yang selama ini menjadi sebahagian daripada Royal Navy telah dipindahkan dari Singapura ke Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Serentak dengan ini, panji-panji Royal Navy telah ditukarkan dengan panji-panji Persekutuan Tentera Laut Diraja Malaya.

Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ia dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia.

Manakala titik mula Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ialah dengan penubuhan Pasukan Sukarela Tentera Udara Negeri-negeri Selat (SSVAF) oleh British pada tahun 1936. Pasukan ini ditukar nama kepada Pasukan Simpanan Tentera Udara Malaya pada tahun 1940 tetapi telah dibubarkan selepas Perang Dunia Kedua.

Pada tahun 1950 pasukan ini telah dihidupkan semula sebagai Royal Air Force Malaya(RAF Malaya). Tentera Udara Malaya menjadi kenyataan pada tahun 1958 apabila pesawat Twin Pioneer pertama mendarat di pangkalan RAF Kuala Lumpur.

Tentera Udara Diraja Malaya ditubuhkan dengan rasminya pada 2 Jun 1958.

PENUBUHAN MALAYSIA (16 SEPTEMBER 1963)

"Lambat laun Persekutuan Tanah Melayu harus mendapat persefahaman dengan kerajaan Great Britain dan rakyat ketiga-tiga wilayah Borneo (Sabah, Sarawak, Brunei) dan Singapura" ... Tunku Abdul Rahman, 27 Mei 1961, Singapura.


Rancangan penubuhan Malaysia telah lama difikirkan oleh Tunku Abdul Rahman memandangkan keadaan dan kedudukan Tanah Melayu serta nasib 3 wilayah Borneo dan Singapura yang semuanya mempunyai kaitan dengan Tanah Melayu baik dari segi ekonomi, keselamatan dan politik.

Pada 16 Oktober 1961 Tunku Abdul Rahman membentangkan konsep Malaysia di Parlimen. Antara konsep tersebut termasuklah jaminan kedudukan ekonomi yang stabil dan pembendungan kegiatan subversif komunis. Disamping itu, ianya juga mengelakkan sebarang bentuk penjajahan di rantau ini.

Pada 20 November 1961 Tunku Abdul Rahman berlepas ke London untuk mengadakan rundingan dengan Kerajaan Britain. Berbagai perkara telah dibincangkan di dalam rundingan 3 hari ini seperti penggunaan Pengkalan Tentera Udara di Singapura, pemindahan kedaulatan pulau Singapura kepada Tanah Melayu. Juga turut dipersetujui adalah penubuhan Suruhanjaya Cobbold bagi mendapatkan pandangan penduduk Sabah dan Sarawak berkenaan penubuhan Malaysia. Persetujuan telah dicapai untuk pembentukan negara baru, Malaysia pada 31 Ogos 1963.

Namun disebalik persetujuan ini, beberapa halangan harus ditempuhi seperti tentangan Parti Komunis Indonesia yang mendakwa Malaysia adalah projek kerajaan Britain. Juga tuntutan kerajaan Filipina terhadap Sabah serta kerajaan Indonesia yang terang-terangan menghalang sambil mengumumkan dasar konfrantasi terhadap Malaysia.

Akibat dari ini, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan sessi penerangan dan rundingan diantara kerajaan Filipina dan Indonesia yang akhirnya semua pihak bersetuju untuk melantik sebuah Suruhanjaya Khas Bangsa Bangsa Bersatu bagi membuat pungutan suara rakyat Sabah dan Sarawak.

Walaubagaimanapun, hasrat Tunku Abdul Rahman untuk mengistiharkan penubuhan Malaysia pada 31 Ogos 1963 tidak dapat dicapai kerana keputusan pungutan suara Suruhanjaya Khas hanya dapat diketahui pada 13 September 1963.

Akhirnya pada 16 September 1963, Sabah, Sarawak dan Singapura telah bercantum dengan Persekutuan Tanah Melayu dan wujudlah sebuah negara baru, MALAYSIA, sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Rakyat daripada berbagai keturunan, kepercayaan agama akan bernaung di bawah satu Raja, satu Bangsa dan satu Negara.

dahulu ...
Bangsa Malaysia ... Negara Malaysia

kini ...
1 Malaysia
(Sumber : Laman Web SKPI)

PELAWAT TERKINI