29 Mac 2009

PERTANDINGAN KAWAD KAKI DAERAH HULU LANGAT 2009

Photobucket

Bertempat di Pusat KoKurikulum Negeri Selangor, Kem Tekali Hulu Langat telah berlangsung satu pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Sekolah Rendah Daerah Hulu Langat 2009 pada hari Sabtu, 28/03/2009. PPM38HL telah dipilih untuk mewakili SK Pandan Indah ke pertandingan tersebut.

Dengan menaiki bas yang dipandu oleh En Mano, kami bertolak dari SK Pandan Indah pada jam 7.20 pagi mengikut jalan rentas ke Hulu Langat. Amat teruja sekali warga PPM38HL kerana pastinya diantara mereka, inilah kali pertama mereka dapat menyertai satu kegiatan luar sekolah dan yang seronoknya, tanpa ibubapa di sisi. Apatah lagi dengan pemandangan awal pagi bandaraya Kuala Lumpur serta melalui kawasan Menara Tinjau, pastinya pengalaman baru buat mereka.

Kami sampai ke Kem Tekali lebih kurang jam 8.20 pagi dan kami adalah kontijen yang kedua sampai. Sebaik sampai, warga PPM38HL dibawa ke tempat yang telah ditetapkan dan diberikan sarapan pagi yang dibawa dari sekolah. Lebih kurang pada jam 9.00 pagi, pemeriksaan pakaian telah diadakan.

Namun, cabaran pertama yang terpaksa ditempuhi oleh Kontijen PPM38HL adalah berkaitan dengan Ketua Platun apabila adik Mohd Hanif tidak dapat meneruskan tugasnya sebagai Ketua Platun sejak dari mula hari latihan kerana telah kehilangan suara!#$%^&* ...

Pemilihan Ketua Platun yang baru terpaksa dibuat segera dan adik Abdul Rauf telah dilantik sebagai Ketua Platun yang baru untuk memikul tanggungjawab adik Mohd Hanif. Memang amat mendebarkan kerana adik Abdul Rauf terpaksa menghafal kesemua arahan kawad yang perlu diberikan dalam masa kurang dari 1 jam.

Walaubagaimanapun, Pasukan Kawad PPM38HL tidaklah begitu menghampakan. Walaupun tidak mendapat tempat dalam 3 kelumpuk teratas dari 11 sekolah yang turut serta, namun kami tetap berbangga kerana pengalaman yang diperolehi amatlah berharga.

Dengan latihan berterusan dari pertengahan bulan (termasuk semasa cuti sekolah kerana rata2 warga PPM38HL adalah dari murid Tahun 4 & 5 yang tiada asas berkawad) hinggalah ke hari terakhir sebelum pertandingan (Jumaat) syabas diucapkan kepada semua warga PPM38HL kerana begitu bersemangat.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Cikgu Janatun dan Ustaz Zawawi kerana telah memberi dorongan dan semangat disamping melatih pasukan kawad PPM38HL dengan sabar dari mula pembentukan pasukan kawad PPM38HL hinggalah selesai pertandingan.

Ucapan terima kasih juga kepada Cikgu Nadrah, Cikgu Yahya, Cikgu Mariana, bakal-bakal Pengakap Raja 2009 yang terdiri dari Abang Saiful, Abang Lan & Abang Qayyum dari SMK Pandan Indah serta paling penting, SOKONGAN PADU PENTADBIRAN SEKOLAH terutamanya Guru Besar, Puan Nik Aziah dan GPK KoKu, Puan Faridah yang turut turun melihat PPM38HL berlatih kawad walaupun semasa hari hujan disamping bantuan kewangan.

Photobucket

16 Mac 2009

LATIHAN KAWAD CUTI SEKOLAH



Cuti-cuti juga, berlatih berlatih juga ... Begitulah bersemangatnya warga PPM38HL. Walau pun cuti sekolah, mereka masih sudi datang ke sekolah untuk menghadiri latihan kawad bagi menyertai pertandingan kawad yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sessi kawad yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi berkisar kepada kawad statik dan kawad dinamik. Manakala kawad formasi pula akan dilatih sebaik sahaja sekolah kembali dibuka.

Apa yang pasti, anak anak ini begitu 'teruja' dapat mendalami ilmu kawad yang diajar dan tidak hairan lah mereka masih boleh berjenaka walupun sedang didenda! ... ('',)

Esok latihan kawad akan diteruskan hingga hari Rabu dan selepas itu akan disambung pada hari persekolahan biasa.

03 Mac 2009

PERTANDINGAN KAWAD KAKI DAERAH HULU LANGAT 2009

Warga PPM38HL merasa bertuah kerana telah dipilih sekali lagi untuk mewakili SK Pandan Indah dalam PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT 2009 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh
28hb Mac 2009 (Sabtu)

Lokasi
Pusat Kokurikulum Negeri Selangor
Kem Tekali, Hulu Langat Selangor

Anjuran
Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat

Matlamat
Memupuk semangat jati diri dan juga semangat kerjasama antara peserta-peserta bagi melahirkan warganegara glokal yang mampu bertindak

Objektif
* Memperkukuh disiplin pelajar
* Membina nilai nilai murni dikalangan peserta
* Mewujud kebudayaan terima kasih mereka terhadap orang lain
* Memupuk semangat setiakawan antara peserta peserta
* Boleh memahami dan menyampaikan tugas dengan baik
* Memupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan
* Menggalakkan penglibatan pelajar yang lebih menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum

Sehubungan dengan itu, para pelajar Tahun 4 dan Tahun 5 dikehendaki merujuk kepada Puan Janatun sekiranya berminat untuk menyertainya. Penyertaan adalah terhad.

Sekian, harap maklum.

PELAWAT TERKINI