13 November 2008

TERIMA KASIH PUAN AKHMAR!

Tiada angin tiada ribut apatah lagi puting beliung, kami telah dikhabarkan bahawa Guru Penasihat 38 Hulu Langat, Puan Akhmar Binti Mohd Pahri yang juga Penolong Pesuruhjaya Daerah Hulu Langat akan pergi meninggalkan PPM38HL untuk meneruskan perjuangannya mendidik anak bangsa di sekolah lain.

Berita yang sungguh tidak diduga ini amat memilukan untuk diterima apatah lagi ahli Pengakap Kanak Kanak PPM38HL masih dalam proses merangkak yang pasti memerlukan pemimpin yang berpengalaman serta mempunyai perhubungan yang luas dalam dunia Pengakap.

Kehilangan Puan Akhmar pasti memberi impak kepada ahli PKK 38 HL untuk menyambung usaha memburu dan mengecapi kemanisan dalam berPengakap. Walaubagaimanapun, kami memahami usaha murni Cikgu Akhmar untuk menabur bakti kepada sekolah lain.

Admin PPM38HL berjaya meminta Puan Akhmar memberikan coretan akhir kepada laman web PPM38HL buat tatapan semua terutama kepada ahli PKK 38 Hulu Langat khasnya.


Akhir kata dari kami, warga PPM38HL ...

Selamat tinggal kawan ... 
Kita kan berjumpa ... 
Selamat ku doakan engkau pergi ... 
Selamat ku doakan engkau pergi ... 
Selamat Jalan ... Jumpa lagi ...

PELAWAT TERKINI