16 Mei 2010

JAMBORI PENGAKAP 1 BELIA 1 MALAYSIA


Sempena Jambori Pengakap 1 Belia 1 Malaysia, Admin PPM38HL telah berkesempatan bersama-sama dengan ribuan warga Pengakap Malaysia menyumbang tenaga bagi memeriah serta menyokong usaha ke arah 1 MALAYSIA.



Walaupun tidak banyak yang boleh diceritakan, namun kemeriahan dan keceriaan tetap berada di mana-mana apatah lagi apabila melihatkan usaha ahli-ahi dari Unit Pengakap Muda & Remaja yang berusaha sedaya upaya mereka untuk memenuhkan masa yang terluang.



Dikesempatan ini juga, Admin PPM38HL sempat bertemu muka dan beramah mesra dengan kenalan Pengakap yang selama ini hanya dapat berinteraksi di alam maya sahaja. Bagai mimpi jadi nyata!



Admin PPM38HL juga sempat berQSO (dengan menggunakan 'callsign' 9M4SJB) bersama pemimpin unit PKK SK Parit Raja Muar yang menggunakan 'callsign' 9M4JMR sempena JOTA 2010. Sungguh seronok kerana ini adalah kali pertama Admin PPM38HL menyertai JOTA. Terima kasih kepada unit 9M4CSB di atas peluang yang diberikan.





PELAWAT TERKINI