05 Mei 2008

PRA-KEMPORI PENGAKAP HULU LANGAT 2008

Photobucket


Bersempena dengan Kempori Pengakap Selangor yang bakal diadakan tidak lama lagi, PPM Daerah Hulu Langat telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu perkhemahan pra-kempori bagi memilih pasukan pasukan pengakap yang layak bagi mewakili Daerah Hulu Langat nanti.

Perkhemahan selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Kem Pengakap Hulu Semenyih pada 2 hingga 4 Mei 2008. Pengakap 38 Hulu Langat telah diwakili oleh:

  1. Helmi Iskandar (Ketua 6 Sekawan)
  2. Mohd Zaarif
  3. Hanis Abdullah
  4. Muhamad Aiman
  5. Fahrur Riza
  6. Abdul Rauf
  7. Zarul Ikmal

Syabas & tahniah diucapkan kepada Pengakap 38 Hulu Langat kerana telah berjaya memenangi 2 anugerah iaitu untuk kategori Kraftangan Terbaik & Kawad Terbaik.

PELAWAT TERKINI